fbpx

Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan ‘The Beauty Of Terengganu’

Ahmad Suhael

Percutian di luar negara sememangnya impian ramai orang. Tetapi sebenarnya ramai orang tidak nampak ‘hidden gems’ yang berada di negara sendiri. Orang luar negara pun melancong ke negara Malaysia, inikan kita yang sudah berada di negara sendiri, kenapa tak cuba?

Sebelum ini kami ada kongsikan fenomena bunga sakura di Kedah. Kami juga ada kongsikan tempat-tempat rare di Ipoh dan Cameron Highland yang patut anda kunjungi. Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Malaysia yang mesti anda terokai.

Memandangkan tidak dapat melancong ke luar negara akibat COVID-19, wanita ini berkongsi percutian terjah ke tempat menarik di Terengganu. Wanita bernama Mazuin Noordin ini berkongsi tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 1
Foto via Facebook Mazuin Noordin

Hari Pertama (Dungun)

Banyak semua benda cari last minit. Manjung Perak ke Kuala Terengganu by Bus RM71.90 (naik bas malam so boleh sampai awal pagi)

Sepatutnya kami turun ke Dungun tapi memandangkan kami berdua ni seorang salah beli tiket laluan, seorang salah beli time maka last pilihan last minit kami terpaksa ke kuala terengganu.

Naik bas Kuala Terenggu ke Marang RM2.60 (naik bus paling awal jam 6am). Sewa Kereta 12 Jam RM70 + RM20 hantar kereta (pukul 6 AM baru cari kereta awal-awal pagi dah call orang tu). Isi Petrol RM30/2 orang

Hotel Pelangi Marang RM65 (untuk 4 pax) kawan sampai malam.

Bukit Besi

  • Taman Rekreasi Tasik Puteri (FOC)
  • Muzium Perlombongan Bijih Besi (FOC)

Stock Pile 1

Siling yang dibina menggunakan ketulan-ketulan batu dan kelihatan seperti diletakkan antara satu sama lain. Ia kelihatan masih kukuh hingga hari ini. Ada kemungkinan ruangan ini digunakan sebagai tujuan pengudaraan utk proses pegeringan bijih

Chimney

Dapur tempat memasak bijih. Di zaman permulaan NMC bijih besi dimasak dan dikeluarkan dlm bentuk jongkong sebelum dieksport ke jepun.

Stor Bahan Letupan

Tempat simpanan bahan letupan

Tin Plant

Dibina oleh pihak NMC dan digunakan sebagai tempat memecah dan memprocess biji besi. Kalau tak ada transport boleh turun ke dungun lagi dekat sikit untuk ke bukit besi, ada je MyBus untuk laluan ke kuala terengganu. Kalau nk pergi tengok tempat sejarah Bijih Besi boleh Hubungi : En Zuki +60 17-910 7406 nanti dia boleh bawakan nak kenalkan tempat-tempat bersejarah.

OOTD

  • Tudung Rm10
  • Topi beli dkt bali RM15
  • Baju RM25
  • Skirt RM25 beli online shopee
  • Iphone 11 Pro Max
  • Edit LightRoom/snow
Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 2
Foto via Facebook Mazuin Noordin
Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 3
Foto via Facebook Mazuin Noordin

Hari Ke 2 (Marang – Pulau Kapas)

  • Boat Return RM40
  • Campsite RM15
  • Boleh hubungi utk booking 010-2171923 (whatsapp only)
  • Parking Kereta RM8
  • Bukit Singa sebab lutut masih bengkak

OOTD

  • Tudung Rm10
  • Topi beli dkt bali RM15
  • Baju RM15
  • Kain Palazo RM10 beli di banana bali
  • Iphone Pro Max
  • Edit LightRoom/snow
Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 4
Foto via Facebook Mazuin Noordin

Hari ke 3 (Setiu / Besut)

  • Surau Langgar.

Kenapa nama surau ni Langgar rindu? Rumah kecil untuk sembayang dan atau untuk mengajar mengaji,surau. Suwara takbiran terus ngumandang saka mesjid lan langgar.. Suara takbiran terus berkumandang dari masjid dan surau.

Jumpa owner dia sangat peramah kalau datang jangan lupa derma la sikit tau. Tempat ni owner buat sendiri tau.

  • Terrapuri heritage village
  • Kampung Mangkuk (FOC)
  • Masjid 8 Kubah (FOC)
  • Rumah botol (boleh lak terlupa nk pergi)

Bagi yang ke Pulau Redang naik dari Merang boleh singgah ke Surau Langgar, Terrapuri Heritage Villa dan Kampung Mangkuk.

Bagi nk ke Terrapuri Heritage village tapi tak nak check-in boleh je untuk photoshoot bergambar atau menikmati lunch

Untuk walk-in kena bunyikan loceng dan bayaran RM22 dapat menikmati air welcome dan keropok. Bergambar lah sampai puas. Untuk lunch kena booking call 09-6245020.

Tempat ni memang sangat unik dan sangat cantik, papan-papan yang berusia dari 250 tahun. Sini memang tak ada TV ye so memang untuk honeymoon.

Hotel terjah tak check dalam booking/agoda.
Dj Citi Point Hotel RM126(4px)

OOTD

  • Tudung RM10
  • Baju dah lama beli
  • Spek RM20 beli di Jogja Indonesia
  • Beg RM28 beli di Pasar Payang Terengganu
  • Iphone 11 Pro Max
  • Edit LightRoom
Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 5
Foto via Facebook Mazuin Noordin

Hari ke 4 (Kuala Terengganu)

  • Masjid Kristal (FOC)
  • Musium Negeri Terengganu (FOC)
  • Private Boat Fiber ke drawbridge, Pasar Payang & Masjid Kristal

Jambatan angkat adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre, sebuah projek pembangunan bandar bersepadu yang menggabungkan ciri-ciri unik warisan Terengganu. RM35/pax No. tel 014-8081923.

  • Pura tanjung sabtu (FOC)

Pura Tanjung Sabtu telah mendapat nama hasil daripada gabungan perkataan sanskrit ‘Pura’ yang membawa maksud istana, kuil atau bandar sementara ‘Tanjung Sabtu’ adalah sebuah nama desa di mana Pura Tanjung Sabtu ini telah dibina dengan gaya orang bangsawan istana Terengganu.

Binaan ini merupakan gabungan sebahagian istana lama dan 6 buah rumah Melayu tradisional Terengganu yang berusia antara 100 hingga 200 tahun. Sumber rumah asal Pura Tanjung Sabtu diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat dalam daerah Kuala Terengganu manakala istana di ambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah).

Binaan-binaan ini kemudian disambung antara rumah ke rumah menggunakan selasar sebagai laluan dan membentuk sebuah istana yang unik. Rumah ini mempunyai tiang-tiang yang tinggi berukuran 10 kaki.

Pemilik asal Pura Tanjung Sabtu adalah Allahyarham Tengku Ismail Tengku Su. Idea membina dan menjaga rumah tersebut dilakukannya sendiri sebelum beliau meninggal dunia.

Namun Pura Tanjung Sabtu yang berlatar belakang abad ke-19 itu sudah dipenuhi dengan semak samun dan tidak dijaga sebagaimana biasa sejak beberapa tahun lalu. Tiada sebarang waris mengambil alih untuk memelihara Pura Tanjung Sabtu.

OOTD

  • Tudung RM10
  • Topi beli dkt bali RM15
  • Baju/seluar Palazo(Beli di bali) RM50
  • Baju songket bunga Tabur(beli dipasar payang dh siap jahit)RM150
  • Iphone 11 Pro Max
  • Edit LightRoom/snow
Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 6
Foto via Facebook Mazuin Noordin

ok dah selesai terjah Terengganu.

so balik dari Kuala Terengganu ke Alor setar naik bus malam RM60

View this post on Instagram

Hari pertama di sapporo

A post shared by AWEENKEMBARA (@mazuinnoordin) on

Sumber: Facebook Mazuin Noordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hilangkan Stress Dengan Cara Pecahkan Barang Sebagai Rawatan Minda Dan Perasaan Di Tempat Ini

Anda mengalami tekanan perasaan? Rasa geram dengan seseorang? Nak lepaskan geram biarlah pada tempat yang betul. Ya, tempat yang betul kami maksudkan ialah di The Rage Room. Di The Rage Room ni, anda boleh melepaskan tekanan kerja, rasa geram anda kepada barang. Anda boleh memukul dan memecahkan barang random seperti […]
Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu' 8