fbpx

Jangan Dedahkan Boarding Pass Anda. Ini Risiko Jika Ianya Berlaku

Ahmad Suhael

Ambil gambar boarding pass dan memuat naik di laman sosial seperti Instagram dan Facebook, ataupun sejurus tiba di destinasi, anda membuang boarding pass anda di tong sampah. Kedua-dua situasi di atas mesti pernah di lakukan dikalangan traveller.

Sebenarnya, perkara tersebut boleh membahayakan anda. Ya, ianya boleh membahayakan walaupun dari segi luarannya boarding pass dilihat hanya mempunyai data mengenai penumpang seperti nombor tempahan, nombor tempat duduk, pintu pelepasan, nama penumpang dan bar kod.

Sebenarnya daripada informasi yang tertera di boarding pass itu, pihak yang tidak bertanggungjawab boleh mengodam untuk mendapatkan data-data peribadi lain yang lebih privasi seperti alamat dan nombor telefon menggunakan alat pengimbas khas.

Jangan Dedahkan Boarding Pass Anda. Ini Risiko Jika Ianya Berlaku 1
Gambar sekadar hiasan. Foto via Fox News

Selain itu, segala perubahan seperti penukaran nombor PIN, pembatalan penerbangan dan penukaran tempat duduk juga boleh diubah. Malah lebih teruk lagi, kad kredit yang digunakan untuk pembelian juga boleh digodam.

Jadi untuk mengelakkan daripada terkena ancaman godaman maklumat peribadi anda, elakkan daripada memuat naik boarding pass anda di laman sosial. Selain itu, gunakan dua faktor pengesahan iaitu emel dan nombor telefon untuk mengelakkan akaun anda digodam.

Selain itu elakkan membuang boarding pass anda ditempat awam tanpa mengoyakkan boarding pass anda kepada helaian kecil. Pastikan informasi yang tertera di atas boarding pass tidak jelas supaya tidak berlaku pengodaman maklumat peribadi.

Sumber: abc13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Perintah Kawalan Pergerakan, Nak Bergerak antara Negeri Perlu Isi Borang Di Balai Polis

Penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di Malaysia telah membuatkan kerajaan Malaysia terpaksa mengenakan perintah kawalan pergerakan terhadap rakyat Malaysia menerusi perutusan khas YAB Perdana Menteri ke 8. Kebanyakan sekolah, IPTA, IPTS, pusat tahfiz, restoran, syarikat swasta dan kerajaan ditutup bagi membendung penularan wabak ini. Namun, beberapa perkhidmatan yang penting […]
Jangan Dedahkan Boarding Pass Anda. Ini Risiko Jika Ianya Berlaku 3