fbpx

Perintah Kawalan Pergerakan, Nak Bergerak antara Negeri Perlu Isi Borang Di Balai Polis

Ahmad Suhael

Penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di Malaysia telah membuatkan kerajaan Malaysia terpaksa mengenakan perintah kawalan pergerakan terhadap rakyat Malaysia menerusi perutusan khas YAB Perdana Menteri ke 8.

Kebanyakan sekolah, IPTA, IPTS, pusat tahfiz, restoran, syarikat swasta dan kerajaan ditutup bagi membendung penularan wabak ini. Namun, beberapa perkhidmatan yang penting dikecualikan daripada perintah ini.

Berikutan daripada penutupan ini, majoriti rakyat Malaysia mula mengambil kesempatan untuk balik ke kampung membuatkan jalanraya mulai sesak sejak pagi 17 Mac 2020. Ini menunjukkan rakyat masih tidak memahami perintah yang dikenakan.

Berikutan itu, pihak pihak telah menguatkuasan penggunakan borang perjalanan keluar antara negeri. Ini bermakna orang ramai yang mahu membuat perjalanan keluar dari negeri masing perlu memaklumkan kepada polis, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Borang terbabit boleh didapati di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan dengan alasan yang kukuh.

Pelepasan perjalanan itu hanya akan diluluskan untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja. Keperluan untuk mendapatkan pelepasan ini juga tertakluk bukan sahaja mereka yang menggunakan kenderaan sendiri malah untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan dan pengangkutan awam.

Antara sebab yang dibolehkan membuat perjalanan rentas negeri termasuk kematian ahli keluarga terdekat, ahli keluarga sakit tenat, rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga dan lain-lain perkara atas pertimbangan ketua polis balai.

Selain, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk sama-sama mematuhi arahan ini sepanjang perintah kawalan pergerakan. Bersikap jujur dan tidak menipu jika ada keperluan untuk merentas antara negeri.

Ini kerana perintah kawalan pergerakan yang dikenakan ini adalah untuk kebaikan bersama demi pencegahan penularan wabak COVID-19 yang lebih serius. Jika dilihat respon orang awam terhadap arahan ini diambil mudah, amaran dan tindakan lebih drastik akan diambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Staf Plaza Tol Plus Ebor Positif COVID-19

Selepas perintah kawalan pergerakan dikenakan diseluruh Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia mula panik. Dan ada yang mula bergerak merentasi negeri untuk pulang ke kampung halaman selepas kebanyakan tempat kerja terpaksa ditutup dibawah perintah terbabit. Situasi ini dapat dilihat semalam di mana lebuhraya dilihat sesak dengan kenderaan dan balai polis juga menjadi […]
Perintah Kawalan Pergerakan, Nak Bergerak antara Negeri Perlu Isi Borang Di Balai Polis 2