8 Cara Mencegah Wabak COVID-19 Jika Terpaksa Keluar Rumah

8 Cara Mencegah Wabak COVID-19 Jika Terpaksa Keluar Rumah 1

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di Malaysia, kita disarankan oleh kerajaan untuk hanya kekal di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang dikenakan sehingga 31 Mac 2020 ini.

Walaubagaumanapun, ada sesetengah industri perkhidmatan penting terkecuali daripada ditutup. Jadi pekerja-pekerja yang terpaksa berkorban untuk meneruskan kerja harian haruslah mengekalkan tahap kebersihan diri masing-masing.

Berikut kami kongsikan bagaimana anda boleh mencegah daripada terkena jangkitan jika terpaksa keluar dari rumah.

1 – Gunakan Topeng Mulut & Sarung Tangan

Penggunaan topeng mulut adalah paling penting untuk menutup saluran pernafasan kita. Jika anda seorang yang mengalami gejala seperti selesama, batuk dan bersin, anda lah orang yang sepatutnya memakai topeng mulut berbanding orang yang sihat.

Sarung tangan juga sangat berguna bagi menghalang kontak terus dengan permukaan yang mungkin dijangkiti. Disarankan tidak menyentuh muka dengan tangan bagi mengelakkan wabak terbabit berada di kawasan muka.

2 – Jaga Jarak Dengan Orang Lain & Tidak Bersentuhan

Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia, jarak yang perlu dijaga ketika berada dikhalayak ramai adalah 1 meter antara satu sama lain. Selain daripada dapat mengelakkan daripada bersentuh, jika seseorang itu bersin atau batuk jarak 1 meter ini sangat membantu mengelakkan anda terkena jangkitan.

3 – Memakai Seluar Dan Baju Lengan Panjang

Memandangkan wabak COVID-19 juga merebak melalui sentuhan, adalah digalakkan untuk memakai pakai lengan dan seluar panjang. Ini dapat mengelakan sentuhan kulit ke kulit dengan seseorang jika anda terpaksa berada dikawasan orang yang ramai dan padat.

4 – Mandi Atau Basuh Baju & Tangan Sejurus Pulang Ke Rumah

Apabila pulang ke rumah, anda disarankan terus membersihkan diri dengan mandi ataupun paling kurang basuh tangan. Elakkan daripada bersentuhan dengan isteri dan anak-anak sebelum melakukan pembersihan diri. Pakaian yang digunakan pula perlu dibasuh sebelum digunakan semula.

5 – Sediakan Sanitizer Di Dalam Kereta

Penggunaan tangan dan jari jemari sememangnya tidak dapat dielakkan sebagai contoh di ATM, stesen minyak, pemegang pintu, paip dan sebagainya. Jadi sangat disarankan untuk sediakan sebotol sanitizer di dalam kereta untuk digunakan sebelum memegang stereng, tombol gear dan handle pintu kereta.

6 – Gunakan Paywave Atau Cashless Ketika Pembayaran

Ketika membayar di kaunter pembayaran, gunakan cara paywave ataupun aplikasi cashless seperti Touch N Go, Grabpay, Setel dan bermacam lagi. Elakkan penggunaan duit tunai. Ini kerana wabak COVID-19 juga boleh tersebar melalui wang tunai.

7 – Beli Barang Keperluan Pada Bukan Waktu Gaji

Bagi mengelakkan waktu puncak di dalam pusat beli belah atau pasaraya basah, elakkan daripada membeli pada waktu gaji masuk. Ini kerana pada waktu ini pastinya orang lain juga akan berpusu ke pasaraya untuk membeli barang harian mereka. Selain itu, pilih masa yang tidak ramai orang seperti pada waktu hampir tengah hari.

8 – Pilih Pasaraya Kecil Untuk Beli Keperluan Harian

Jika anda terpaksa keluar untuk membeli keperluan harian, cuba untuk pergi ke kawasan yang kurang kunjungan orang ramai. Elakkan pergi ke pasaraya besar seperti Tesco atau NSK. Pasaraya kecil lebih kurang orang jadi lebih kurang kemudaratannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *