Staf Plaza Tol Plus Ebor Positif COVID-19

Selepas perintah kawalan pergerakan dikenakan diseluruh Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia mula panik. Dan ada yang mula bergerak merentasi negeri untuk pulang ke kampung halaman selepas kebanyakan tempat kerja terpaksa ditutup dibawah perintah terbabit.

Situasi ini dapat dilihat semalam di mana lebuhraya dilihat sesak dengan kenderaan dan balai polis juga menjadi tumpuan orang ramai untuk mengambil borang merentas negeri seperti yang diperintahkan.

Apa yang berlaku ini sangat bertentangan dengan perintah yang dikenakan. Ini kerana pergerakan orang ramai di atas jalanraya boleh menyebabkan penularan warak COVID-19 lebih teruk akibat daripada bersentuhan di R&R dan plaza tol.

Terbaru, menurut sumber mStar mengatakan seorang kakitangan plaza tol Ebor dijangkiti COVID-19. Ini memaksa plaza tol terbabit terpaksa ditutup sementara bermula 12.01 pagi hingga 11.59 malam, Khamis (esok) untuk kerja pembersihan dan sanitasi.

Kakitangan terbabit kini sedang dirawat di sebuat pusat perubatan. Petugas lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut juga diarahkan untuk menjalani saringan dan kuarantin.

Oleh itu, dinasihatkan supaya orang ramai untuk tidak keluar dari rumah dan hanya duduk dirumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Ini tidak lain tidak bukan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 semakin meruncing.