fbpx

Australia Tutup Sempadan Untuk 6 Bulan Elak Penularan Wabak COVID-19

Ahmad Suhael

Penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di Malaysia dan seluruh dunia telah membuatkan kebanyakan negara terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menutup sempadan.

Selain Malaysia yang telah menghalang rakyatnya untuk keluar negara jika tiada kepentingan, terbaru, Australia telah pun menutup sempadannya untuk 6 bulan untuk pelancong bermula bermula 20 Mac 2020 kelmarin.

Hanya warganegara Australia dan penduduk tetap boleh datang ke negara ini dari 9 malam Jumaat pada 20 Mac 2020. Namun mereka yang masih keluar masuk negara itu perlu kuarantin selama 14 hari seperti negara lain.

Ini berikutan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat. Untuk rekod, Australia sudah pun mempunyai 756 kes yang disahkan positif wabak terbabit dan sudah pun ada tujuh kematian.

Sumber: 7 News Aus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jaket Dengan Lebih 20 Fungsi. Dicipta Khas Untuk Yang Suka Travel

Bila nak travel, sesetengah orang paling seronok bila nak mengemas pakaian ke dalam bagasi. Namun ada sesetengah pula malas untuk mengemas. Ini kerana hendak memilih pakaian yang mana ingin di bawa boleh memberi tekanan untuk memikirkannya. Sudah tentu apabila kita ingin bercuti, pakaian yang di bawa perlu yang cantik belaka. […]
Australia Tutup Sempadan Untuk 6 Bulan Elak Penularan Wabak COVID-19 2