China Merekodkan Tiada Lagi Kes Baru COVID-19 Kali Pertama Sejak Ianya Menular

Sejak kes pertama jangkitan Coronavirus ataupun dipanggil COVID-19 yang bermula di China, kes jangkitan terus menerus bertambah sehingga merekodkan jumlah yang terkena jangkitan wabak terbabit seramai 80,928 kes dan 3,245 kematian.

Namun, pada Rabu yang lepas di mana dilaporkan tiada lagi kes jangkitan terbaru buat kali pertama sejak wabak itu bermula.

Angka-angka kes jangkitan wabak terbabit pada hari Rabu menunjukkan tiada kes-kes baru sama sekali di Wuhan atau wilayah Hubei yang lebih luas, di mana virus yang kini dikenali sebagai Covid-19 dipercayai pertama kali dihantar di kalangan manusia.

Namun, Suruhanjaya Kesihatan Negara terbabit memberi amaran bahawa risiko masih belum berakhir. Ini kerana walaupun tiada kes terbaru pada hari rabu itu, terdapat juga lapan kematian pada hari yang sama.

Wilayah Wuhan yang sudah berada di dalam tempoh perintah berkurung sejak Januari masih lagi diteruskan dengan hanya mereka yang mempunyai kebenaran khas sahaja dibenarkan masuk atau keluar.

Menurut ahli Akademi Kejuruteraan China, perintah berkurung itu akan ditarik hanya jika tiada kes tambahan dilaporkan selama dua minggu berturut-turut.

Manakala di Malaysia sekarang tempoh kawalan pergerakan masih lagi berjalan. Malah untuk melihat keberkesanannya, kerajaan mula mengarahkan pihak polis dan tentera untuk memantau pergerakan rakyat.

Diharap semua rakyat Malaysia dapat mematuhi perintah kawalan pergerakan ini untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 ini daripada terus tersebar.

Sumber: Independent