Hokkaido Mula Kembali Normal Dari Wabak COVID-19

Hokkaido Mula Kembali Normal Dari Wabak COVID-19 1

Wilayah utara Jepun di Hokkaido dikatakan kembali normal selepas kecemasan disebabkan penularan jangkitan COVID-19 ini ditamatkan.

Menurut sumber South China Morning Post, sekolah-sekolah akan di buka semula di sesetengah kawasan. Namun perhimpunan besar, halangan kepada pelancong dan penutupan kawasan tertentu yang dapat menjadi penularan wabak itu masih harus dielakkan.

Negara itu yang dalam dilemma sebelum ini kerana sukan terbesar dunia iaitu sukan Olimpik bakal berlangsung bermula 24 Julai 2020, tetapi disebabkan oleh pendemik coronavirus ini kemungkinan sukan tersebut bakal dibatalkan.

Namun, jika ianya ingin dilaksanakan, kriteria yang sangat ketat akan diletakkan dan pihak penganjur perlu mematuhinya.

Untuk rekod, Jepun mempunyai lebih 900 pesakit yang disahkan positif. Ini tidak termasuk kira-kira 700 kes dari kapal pesiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Yokohama bulan lepas. Sejumlah 32 orang di Jepun telah meninggal dunia.

Sumber: South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *