Jaket Dengan Lebih 20 Fungsi. Dicipta Khas Untuk Yang Suka Travel
Bila nak travel, sesetengah orang paling seronok bila nak mengemas pakaian ke dalam bagasi. Namun ada sesetengah pula malas untuk mengemas. Ini kerana hendak memilih pakaian yang mana ingin di bawa boleh memberi tekanan untuk memikirkannya.
Sudah tentu apabila kita ingin bercuti, pakaian yang di bawa perlu yang cantik belaka. Namun berapa helai baju, seluar, jaket, kasut dan aksesori lain untuk di bawa? Kurang pula takut tidak cukup, lebih pula menjadi beban pula. Terpaksa tambah kos membeli check-in bagasi.
Sebenarnya, masalah-masalah di atas dapat dikurangkan dan diatasi dengan hanya sehelai jaket. Ya, sehelai jaket yang kami ingin kongsikan pada kali ini mampu membantu anda yang mengalamai masalah seperti di atas.
Jenama jaket yang kami maksudkan adalah Baubax. Jenama Baubax telah mencipta jaket yang sangat sesuai untuk traveller. Ini kerana jaket ini mempunyai lebih 20 fungsi padanya seterusnya membantu menjimatkan ruang bagasi anda dan anda tidak perlu lagi membawa barang berlebihan.
Lebih 20 Fungsi Yang Ada Pada Jaket Baubax
- Poket pasport
- Poket minuman
- Pembuka botol
- Wisel
- Poket pemanasan tangan
- Poket cermin mata
- Pocket tablet
- Slot pen
- Pocket rahsia (RFID)
- Kain microfiber
- Poket powerbank
- Poket telinga
- Pen tersedia pada zip
- Pemegang earphone
- Poket telefon bimibit
- Botol air inflatable
- Inflatable footrest
- Selimut
- Topeng penutup mata/tidur
- Bantal leher inflatable
- Sarung tangan
- Penyumbat telinga dan bekasnya
Lihat videa di bawah untuk setiap satu fungsi yang disenaraikan di atas
Pelbagai Jenis Rekaan Dan Warna
Baubax jaket hadir dengan 4 rekaan dan warna iaitu Bomber jaket, Vest, Windbreaker dan Sweatshirt. Warna pilihan yang dihadirkan untuk setiap rekaan adalah merah, hitam, olive hijau dan biru.


Harga Sesuai Dengan Fungsinya
Walaupun ini bukan jaket yang paling mewah, namun banyak fungsi yang cukup hebat seperti topeng penutup mata, wisel keselamatan, botol air, selimut dan bantal leher inflatable dan footrest inflatable. Tambahan pula, pelbagai poket tersedia sangat sesuai untuk menyimpan dokumen penting.
Jika anda berminat, anda boleh dapatkan dengan harga bermula USD 149 bersamaan RM654.78. Harga yang sesuai dengan fungsinya yang lebih daripada fungsi asal jaket.
Sumber: Baubax
Price?