Terokai Pulau Jerejak. Banyak Kesan Sejarah Boleh Dipelajari Sambil Bercuti

Terokai Pulau Jerejak. Banyak Kesan Sejarah Boleh Dipelajari Sambil Bercuti 1

Mengikut sejarah, Pulau Jerejak dahulunya pernah menjadi sebagai lokasi penempatan banduan, tahanan perang dan pusat kuarantin pesakit kusta dan batuk kering.

Ketika zaman Perang Dunia Kedua, Pulau Jerejak mendapat nama samaran sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ kerana terdapat Pusat Pemulihan yang menempatkan banduan dibuang negeri.

Ada juga khabar angin yang mengatakan pulau itu dikawal jerung sekelilingnya dan dipagari pagar konkrit dilengkapi besi tajam seperti sering dilihat pada bangunan penjara lama.

Sebelum ini juga pernah sebuah resort dibina pada tahun 2004, di mana leprosarium pernah didirikan. Jerejak Rainforest Resort and Spa dibuka dengan kos RM 30.3 juta, tetapi kemudian ditutup pada 2016 akibat kerugian berjumlah RM 40 juta.

Tetapi kini tidak lagi, pada awal Februari 2020 Pulau Jerejak kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila ‘wajahnya’ diperbaharui dengan warna-warni, Jerejak Island Resort dibuka dan banyak aktiviti yang diwujudkan bagi menarik pelancong datang ke sini.

Terdapat banyak peninggalan sejarah yang ada di sini seperti pusat kuarantin, memorial tentera Russia, empangan lama, war bunker, gereja lama, kuburan lama, pusat tahanan, penempatan kusta dan tibi, dan juga penjara dan blok pentadbiran. Namun, aktiviti pantai tidak dibenarkan kerana dikhuatiri terkena serangan obor-obor.

Malah, bagi yang meminati aktiviti jungle trekking kebanyakan kawasan tinggalan sejarah ini akan dilalui sepanjang perjalanan ke puncak tertinggi di Pulau Jerejak. Sambil menikmati keindahan alam, mempelajari sejarah pulau terbabit, anda juga dapat mengeluarkan peluh demi kesihatan tubuh badan.

Untuk ke Pulau Jerejak, anda perlu ke Jeti Pulau Jerejak dan perlu menaiki feri dalam masa 10 minit sahaja untuk sampai ke pulau tersebut. Harganya adalah sebanyak RM25 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak (sehala).

Sumber:
1. Jalan Ke Gunung
2. myMetro
3. Facebook Wildani Qaisara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *