Krisis COVID-19 Di Thailand, Lihat Apa Monyet Ini Lakukan Demi Sebiji Pisang

Krisis COVID-19 Di Thailand, Lihat Apa Monyet Ini Lakukan Demi Sebiji Pisang 1

Waktu krisis COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada manusia, tetapi juga haiwan. Ratusan haiwan yang sudah biasa dengan makanan yang diberikan pelancong terkesan dengan krisis wabak kali ini.

Jika anda pernah ke Thailand, pasti anda perasan monyet berkeliaran di merata tempat. Akibat daripada ketiadaan pelancong kerana perintah berkurung, monyet-monyet di Thailand dilihat merusuh sesama sendiri kerana sebiji pisang tular di dalam satu video.

Monyet yang tinggal di kota dan monyet yang tinggal di kuil terpaksa bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan pisang yang dijumpai di jalanan. Di dalam video tersebut dilihat sekumpulan monyet mengejar seekor monyet yang sedang memegang pisang. Ianya seperti rusuhan kumpulan gengster.

Seorang wanita bernama Sasaluk Rattanachai berjaya merakamkan kejadian berkenaan dari luar kedai di mana dia bekerja. Perkara tersebut dianggap luar biasa berlaku kepada monyet-monyet berkenaan membuatkan ramai terkejut dengan kejadian tersebut. Ianya seperti dalam filem Planet of The Apes.

Sekumpulan monyet dilihat bertindak agresif terhadap seekor monyet yang memegang pisang terbabit. Mereka menjadi gila hanya untuk makanan kerana dipercayai kelaparan disebabkan tiada pelancong yang memberi makanan ketika waktu ini.

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *