Itali Catat Pengurangan Kes Terbaru COVID-19, Pesakit Sembuh Meningkat
Itali mula menunjukkan penurunan terhadap kes terbaru jangkitan COVID-19 yang dilaporkan. Namun, angka kematian yang dicatakan pada Isnin lepas meningkat mencecah lebih 6000 mangsa. Menjadikan angka kematian tertinggi di dunia.
Walaubagaimanapun, angka-angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Sivil Itali menunjukkan bahawa jumlah kes terbaru jangkitan COVID-19 di negara itu sekali lagi meningkat, namun dengan jumlah yang kurang.
Jumlah pesakit yang pulih dan sembuh juga meningkat kepada 7432 orang. Walaupun, dari segi peratusan rendah, ianya menunjukkan peningkatan yang bagus.
Pada Sabtu lalu, perdana menteri Itali, Guiseppe Conte menggesa rakyatnya mematuhi peraturan lockdown yang dikenakan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang lebih teruk. Namun, krisis kali ini sudah pun dianggap paling buruk bagi Itali sejak Perang Dunia II.
Sumber: AA