fbpx

AirAsia Dan AirAsia X ‘Tutup Kedai’ Sementara

Ahmad Suhael

Akibat daripada sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan juga beberapa negara lain, Kumpulan AirAsia memutuskan untuk penggantungan servis mereka hampir semua penerbangan yang berkaitan.

Antara yang terlibat seperti berikut

AirAsia (Penerbangan jarak dekat)

AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April 2020;

AirAsia Filipina: Penggantungan sementara semua penerbangan dari 20 Mac hingga 14 April 2020 berikutan tempoh kuarantin komuniti di Luzon dan masih beroperasi kawasan lain di negara itu;

AirAsia Thailand (FD): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac 2020 hingga 25 April 2020, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah;

AirAsia Indonesia (QZ): Mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah;

AirAsia India (I5): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan pengumuman kerajaan India untuk menggantung sementara penerbangan domestik di India.

AirAsia X (Penerbangan jarak sederhana dan jauh)

AirAsia X Malaysia (D7): Penggantungan sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020. (Kod penerbangan D7 hanya terbang ke laluan antarbangsa);

AirAsia X Thailand (XJ): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 16 Mac 2020 untuk tempoh tiga bulan; penerbangan DMK-ICN digantung hingga 19 April 2020, (Kod penerbangan XJ hanya terbang ke laluan antarabangsas).

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Initiatif Yang Bagus. Ini Tawaran Istimewa Untuk Kakitangan Perubatan Dari OYO

Diwaktu krisis penularan wabak yang belum lagi ditemui vaksin, sesetengah pihak ada yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Ada yang menjual sanitzer dan juga penutup mulut dengan harga yang melampau. Namun, sebaliknya dibuat oleh syarikat OYO. Syarikat yang berpangkalan di India itu menawarkan penginapan percuma kepada kakitangan perubatan di hotel-hotel […]
AirAsia Dan AirAsia X 'Tutup Kedai' Sementara 2