fbpx

Amerika Syarikat Catat Kes Tertinggi Positif Covid-19, Atasi China Dan Itali

Ahmad Suhael 1

Buat kali pertamanya kes positif jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat mengatasi China dan Itali, menjadikan negara terbabit mempunyai kes paling ramai iaitu 82,404 kes.

Apa yang membimbangkan lagi ialah jumlah keseluruhan seluruh dunia melepasi angka setengah juta iaitu daripada 466,955 pada hari rabu dan menambah sebanyak 59,089 kes lagi pada hari Khamis.

New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk di negara terbabit.

Kes kematian di Amerika Syarikat pula seduah melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes. Namun, Itali masih mengekal sebagai negara paling banyak kes kematian dengan 8,215 kes direkodkan.

Walaupun kes penularan bermula daripada China, negara-negara eropah dilihat lebih terkena jangkitan seperti Itali dan Eropah. Dua negara ini mendahului kes kematian tertinggi dan diikuti China.

Secara keseluruhan, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencapai angka 526,044 kes dengan 23,709 kematian. Bagaimanapun, terdapat 122,066 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Sumber: Astro Awani

One thought on “Amerika Syarikat Catat Kes Tertinggi Positif Covid-19, Atasi China Dan Itali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AirAsia Dan AirAsia X 'Tutup Kedai' Sementara

Akibat daripada sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan juga beberapa negara lain, Kumpulan AirAsia memutuskan untuk penggantungan servis mereka hampir semua penerbangan yang berkaitan. Antara yang terlibat seperti berikut AirAsia (Penerbangan jarak dekat) AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April […]
Amerika Syarikat Catat Kes Tertinggi Positif Covid-19, Atasi China Dan Itali 2