[COVID-19] Hotel Diserbu, Terpaksa Menumpang. Dugaan Warga Malaysia Terkandas Di Pakistan
Sebaik sekatan dan perintah berkurung di keluarkan oleh pihak kerajaan Pakistan, kebanyakan hotel diserbu untuk oleh penguatkuasa atas perintah terbabit. Salah satu hotel yang terlibat adalah hotel yang menempatkan warga Malaysia iaitu Samsinah Samsudin dan rakan-rakannya.
Menurut Harian Metro, dia antara 40 rakyat Malaysia yang kini terkandas di Pakistan susulan perintah berkurung dan larangan keluar yang dikeluarkan negara itu susulan penularan Covid-19.
Dia bersama sembilan rakannya dikatakan tiba di negara berkenaan pada 15 Mac lalu sebelum kerajaan Pakistan mengeluarkan perintah berkurung beberapa hari kemudian di beberapa bandar utama.
Akibat daripada perintah terbabit, banyak kedai, hotel dan restoran sudah ditutup. Jalanraya turut lengang daripada kenderaan warga tempatan disamping banyak sekatan jalan raya dilakukan pihak berkuasa. Kebanyakan bandar seakan-akan mati.
Disebabkan itu, dia terpaksa menginap di sebuah hotel bajet dengan bantuan rakyat tempatan sebelum hotel diserbu akibat masih menerima tetamu di waktu perintah berkurung.
Dengan jasa baik rakyat tempatan iaitu seorang Doktor, dia dapat menginap sementara di rumah kediamannya sementara menunggu kebenaran untuk pulang ke Malaysia.
Tiket untuk pulang melalui pesawat komersial memang terlalu mahal. Namun, usaha untuk membantu rakyat Malaysia pulang sedang giat dijalankan bukan sahaja di Pakistan malah negara lain juga.
Sumber. Harian Metro
One thought on “[COVID-19] Hotel Diserbu, Terpaksa Menumpang. Dugaan Warga Malaysia Terkandas Di Pakistan”