Initiatif Yang Bagus. Ini Tawaran Istimewa Untuk Kakitangan Perubatan Dari OYO

Diwaktu krisis penularan wabak yang belum lagi ditemui vaksin, sesetengah pihak ada yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Ada yang menjual sanitzer dan juga penutup mulut dengan harga yang melampau.

Namun, sebaliknya dibuat oleh syarikat OYO. Syarikat yang berpangkalan di India itu menawarkan penginapan percuma kepada kakitangan perubatan di hotel-hotel rakan kongsi mereka yang berdekatan dengan Hosptital Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban.

Seiring dengan lanjutan tempoh perintak kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 tempoh hari, syarikat OYO memberikan bilik percuma dari sekarang hingga 14 April di hotel yang terpilih.

Kakitangan yang memerlukan tawaran bilik percuma ini boleh menghubungi nombor-nombor di bawah ini antara jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk makluman, ID kakitangan diperlukan sebagai bukti semasa mendaftar masuk

  1. +6013-3560534
  2. +6012-296 8682
  3. +6016-6960616
  4. +6014-3819527

Initiatif penawaran bilik percuma ini sangat berpatutan dengan keadaan sekarang di mana, kakitangan perubatan sangat memerlukan penginapan yang dekat dengan hospital supaya memudahkan mereka berulang-alik, tempat tidur yang bersih dan selesa selepas syif yang memenatkan.

“Pengamal perubatan kita tertakluk kepada durasi pekerjaan yang melelahkan akibat pandemik ini. Kami berharap dengan menawarkan ruang tempat tidur yang bersih berhampiran hospital, masa perjalanan dapat dikurangkan, terutama selepas syif yang melelahkan. Keselamatan dan kesejahteraan pengamal perubatan kita yang pergi dan pulang ke hospital sama penting dan OYO mahu melakukan bahagian kami untuk memastikannya, ”

Ketua Negara OYO Hotels & Homes Singapura dan Malaysia, Tan Ming Luk

Kakitangan perubatan bekerja siang malam bagi memastikan pesakit COVID-19 pulih dan sihat. Penawaran ini sebagai tanda terima kasih dan balasan kepada mereka dari syarikat OYO.

Sumber: Daily Mail