Wabak COVID-19 Semakin Pulih, Warga China Bersedia Untuk Kembali Melancong
Wabak COVID-19 yang asal bermula di wilayah Wuhan China dilihat semakin reda. Melihat daripada kes baru yang direkodkan, graf menunjukan garisan data bermula pada awal Mac 2020.
Menurut Bangkok Post, dua buah wilayah iaitu Zhejiang dan Jiangsu telah menghentikan perintah halangan bergerak di dikenakan. Malah dikatakan agensi pelacongan di China sudah tidak sabar untuk memulakan semula operasi mereka.
Tambahan lagi, rakyat China dikatakan tidak menunggu lama untuk kembali melancong seawal April tahun ini. Walau bagaimanapun, menurut Yuthasak Supasorn, Gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT), fokus destinasi dikatakan hanya pelancongan domestik sebelum ke luar negara.
Negara Malaysia antara yang termasuk menghalang pelancong China dari memasuki negara selepas wabak terbabit menular dengan kadar yang agresif.
Kegairahan pelancong China ini pastinya menimbulkan kerisauan diseluruh dunia dikala wabak COVID19 ini masih belum tamat. Halangan dan sekatan harus diteruskan sehinggalah wabak ini hapus sepenuhnya adalah dilihat sebagai solusi yang terbaik.
Sumber: Bangkok Post
One thought on “Wabak COVID-19 Semakin Pulih, Warga China Bersedia Untuk Kembali Melancong”