fbpx

[COVID-19] Terkandas Di India, Keluarga Warga Malaysia Ini Terpaksa Tinggal Di Hotel Keadaan Begini

Ahmad Suhael 1

Terbang ke India sejak 7 Mac, hajat untuk ziarah dan bercuti bertukar mimpi buruk setelah terkandas di India sejak perintah berkurung dikenakan kebanyakan negara termasuk Malaysia dan India. Inilah yang berlaku kepada sekeluarga warganegara Malaysia di sana.

Walaupun sudah menghubungi kedutaan Malaysia di New Delhi pada 18 Mac dan memberikan butiran peribadi dan nombor penerbangan mereka, namun tiada lagi respon balas bilakah mereka boleh pulang ke Malaysia.

Menurut laporan Free Malaysia Today, mereka yang sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada 21 Mac terkandas akibat penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan untuk mengelakkan penyebaran coronavirus secara global.

Pada 19 Mac, mereka ke lapangan terbang antarabangsa di Amritsar untuk mendapatkan butiran mengenai penerbangan yang sepatutnya mereka naiki namun diberitahu penerbangan itu dibatalkan.

Paling menyedihkan sebaik pulang semula ke hotel, mereka diberitahu oleh staf hotel berkenaan bahawa premis itu akan ditutup serta-merta berikutan perintah berkurung. Kemudian mereka di bawa ke hotel lain oleh polis. Namun keadaan hotel tersebut bagai tidak terurus dan penuh dengan lipas.

Selain itu mereka tidak boleh pergi ke lobi hotel kerana 2 anggota polis ditempatkan di sana untuk memastikan mereka tidak meninggalkan premis itu.

Ditambah lagi dengan kos penginapan di hotel terbabit yang mahal tidak setaraf dengan keadaannya. Dikatakan bilik yang diberi berharga RM310 sehari dan setiap hidangan makanan berharga RM200 hingga RM250.

Sumber: Free Malaysia Today

One thought on “[COVID-19] Terkandas Di India, Keluarga Warga Malaysia Ini Terpaksa Tinggal Di Hotel Keadaan Begini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Amerika Syarikat Catat Kes Tertinggi Positif Covid-19, Atasi China Dan Itali

Buat kali pertamanya kes positif jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat mengatasi China dan Itali, menjadikan negara terbabit mempunyai kes paling ramai iaitu 82,404 kes. Apa yang membimbangkan lagi ialah jumlah keseluruhan seluruh dunia melepasi angka setengah juta iaitu daripada 466,955 pada hari rabu dan menambah sebanyak 59,089 kes lagi pada […]
[COVID-19] Terkandas Di India, Keluarga Warga Malaysia Ini Terpaksa Tinggal Di Hotel Keadaan Begini 2