[COVID-19] Rakyat Malaysia Di AS Dan UK Digesa Pulang Dengan Kos Sendiri

Berikutan kenaikan yang mendadak kes positif jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat dan beberapa negara eropah lain seperti United Kingdom, rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara di gesa pulang dengan segera sebelum negara-negar yang terlibat membuat sekatan menyeluruh.

Jika ini berlaku, usaha untuk pulang selepas itu pastinya sukar. Dan jika terkandas, kos selama berada di negara-negara terbabit pastinya meningkat seperti yang berlaku kepada warga negara Malaysia yang terkandas di India dan Pakistan sebelum ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyarankan rakyat Malaysia untuk pulang sementara syarikat penerbangan komersial AS dan UK masih beroperasi sebelum sekatan penuh di lakukan pada bila-bila masa.

Related Post

Namun berkenaan dengan kos penerbangan yang bakal ditanggung perlulah dibuat oleh individu itu sendiri. Ini kerana untuk mengharapkan kerajaan untuk menanggung kos amatlah tidak bersesuaian dengan situasi di negara Malaysia sekarang.

Di Malaysia juga krisis penularan wabak COVID-19 masih belum reda dan banyak peruntukan dan sumbangan diperlukan untuk tujuan membantu dari segi keperluan barangan dan bahan peribatan untuk pegawai, kakitangan dan mangsa jangkitan COVID-19 di hospital.

Sumber: Malaysia Gazette

This website uses cookies.