fbpx

Ini Yang Dilakukan Kepada Gajah Akibat COVID-19 Melanda Thailand

Ahmad Suhael

Umum ketahui haiwan gajah sememangnya sinonim dengan negara Thailand. Bahkan negara tersebut juga dipanggil negara gajah putih. Jika anda pernah menonton film Tom Yum Goong, haiwan ini sering dikaitkan di dalam filem terbabit.

Selain itu, aktiviti pelancongan juga banyak menggunakan gajah sebagai pengangkutan dan juga persembahan. Namun aktiviti ini mendapat kecaman ramai pihak terutamanya daripada pencinta haiwan.

Malah sejak berlakunya krisis wabak COVID-19 di Thailand dan seperti tiada lagi pengakhirannya, aktiviti pelancongan terus berkurangan. Ini membuatkan pengusaha perniagaan seperti ini membuat keputusan untuk melepaskan gajah daripada kerusi yang diikat pada badan mereka.

Pada 25 Mac lalu, pemilik kem gajah Maesa di Chiang Mai, utara Thailand telah membuang kerusi kayu berat yang terikat di badan mereka untuk membawa pelancong. Kayu dan besi terbabit pula dijual kepada pemungut besi buruk.

menurut Pengarah Kem, Anchalee Kalampichit itu, beliau memasuki perniagaan pada tahun 1976 dan menjadikan gajah sebagai aktiviti pelancongannya. Dan buat kali pertama selepas 44 tahun bahawa gajah tidak memakai tempat duduk pada awal hari.

Beliau berkata akan tetap menggunakan gajah sebagai aktiviti pelancongan namun akan mengubah perniagaan mereka menjadi tempat pengunjung untuk melihat haiwan tersebut. Tambahan lagi, cara baru itu membolehkan pengunjung untuk memperlajari tentang cara hidup gajah secara semulajadi.

Diwaktu krisis ini, pengusaha kem gajah sangat menderita akibat kekurangan pelancong terutamanya dari luar negara. Namun, kerajaan menggesa setiap pengusaha menjaga haiwan terbabit walaupun dalam saat kurang pendapatan daripada aktiviti pelancongan.

Sumber: Yahoo News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Masih Jual Kelawar, Anjing, Kucing. Pasar Di China Raikan Kebebasan COVID-19

Sebelum ini China sudah melaporkan tiada lagi rekod terbaru jangkitan COVID-19. Pengumuman ini sangat memberi khabas gembira untuk rakyat mereka bahkan seluruh dunia. Bahkan, rakyat mereka juga tidak sabar untuk sambung melancong ke dalam dan luar negara seperti yang dilaporkan sebelum ini. Selain itu, pasar basah sudah mulai beroperasi seawal […]
Ini Yang Dilakukan Kepada Gajah Akibat COVID-19 Melanda Thailand 2