China Masih Lagi Ada Kes Terbaru Walaupun Setelah Umum Bebas Tiada Kes Terbaru COVID-19

Pada 28 Mac yang lepas, China merekodkan 54 kes terbaru dan 3 lagi kematian disebabkan jangkitan COVID-19 walaupun, sebelum ini pernah mengumumkan tiada lagi rekod kes terbaru.

Angka terbaru ini menjadikan angka kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 3,295. Namun, kes terbaru ini bukan daripada penularan dari dalam negara tetapi daripada individu yang pulang dari luar negara.

Keseluruhan China merekodkan sejumlah 81,394 orang dijangkiti dan daripada itu, sebanyak 3,295 kematian, 3,128 masih dirawat dan 71,971 telah dibenarkan pulang.

Walaupun, wilayah penularan wabak COVID-19 ini bermula dari Wuhan, negara yang mempunyai rakyat yang positif wabak ini ialah Amerika Syarikat diikuti Itali. Walaubagaimanapun, Itali tetap mencatat kematian tertinggi.

Sumber: India Today