Jepun Mula Gantung Visa Untuk 11 Negara Akibat COVID-19

Penularan yang pantas membuatkan kebanyakan negara mengambil langkah drastik dengan perintah sekatan dan berkurung. Malaysia antara yang telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April.

Selain itu, India, Pakistan dan Australia juga sudah menyekat sempadan mereka daripada kemasukan warga asing bagi mengawal penularan wabak COVID-19 masuk ke negara masing-masing.

Terbaharu, Jepun juga telah menyekat kemudahan visa terhadap 11 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika bermula 28 Mac berikutan penularan wabak COVID-19 yang meningkat di negara matahari terbit itu.

Antara negara yang terlibat ialah Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Israel, Qatar, Bahrain, Republik Demokratik Congo dan juga Malaysia.

Related Post

Sebelum ini kerajaan Jepun sudahpun menggantung visa terhadap 40 negara termasuk China, Korea, Iran, Arab Saudi dan Eropah. Malah penggantungan yang berakhir pada akhir Mac akan dilanjutkan sehingga ke penghujung bulan April.

Initiatif dan solusi dalam membendung penularan wabak COVID-19 ini sama seperti yang berlaku di Malaysia di mana perintah kawalan pergerakan yang sebelum ini berakhir pada 31 Mac dipanjangkan ke 14 April.

Sumber: NHK

This website uses cookies.