Masih Jual Kelawar, Anjing, Kucing. Pasar Di China Raikan Kebebasan COVID-19

Sebelum ini China sudah melaporkan tiada lagi rekod terbaru jangkitan COVID-19. Pengumuman ini sangat memberi khabas gembira untuk rakyat mereka bahkan seluruh dunia.

Bahkan, rakyat mereka juga tidak sabar untuk sambung melancong ke dalam dan luar negara seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Selain itu, pasar basah sudah mulai beroperasi seawal 28 Mac seperti yang ditulis di Daily Mail. Malah dengan lebih berani, ada sesetengah menjual kembali binatang-binatang eksotik yang popular di negara mereka seperti kelawar, kucing, anjiing, kala jengking dan katak.

Namun, apa yang membezakan pasar basah yang dibuka pada kali ini dijaga oleh pegawai bertugas bagi menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan daripada perkara ini terus menular di internet.

Situasi ini pastinya membimbangkan kerana selain kelawar dikaitkan sebagai puncak kepada wabak COVID-19, kes jangkitan wabak ini masih belum reda di seluruh dunia. Bahkan masih meningkat sehingga angka positif jangkitan wabak ini telah melepasi setengah juta.

Tabiat memakan haiwan eksotik seperti yang diamalkan oleh sesetengah warga China yang secara tidak langsung bakal mengundang kepada gelombang baharu penularan wabak COVID-19.

Masih Jual Kelawar, Anjing, Kucing. Pasar Di China Raikan Kebebasan COVID-19 2
Foto via Daily Mail

Sumber: Daily Mail