Ini Sebab Kenapa Amerka No.1 Paling Ramai Direkodkan Positif COVID-19

Hari ni Amerika punya numbers Covid19 infected dah melepasi angka 100,000 orang. Paling mencanak, dan paling nombor 1 dalam dunia. It just wow!

Siapa sangka 10 hari lepas, angka jangkitan di Amerika cuma 10,000 orang. Hari ni naik ke 100,000 terus. Real gila.

Amerika ni polis dunia. Negara yang ada segala galanya, yang hebat serba serbi, yang kuat, yang powerful, land of dreams.

Kalau kita campur net worth 15 orang terkaya di Amerika dari Bezos, Gates, Buffet, Zuckerberg, Ellison, Larry Page, Sergey Brin, Jim Walton, Balmer, Koch brothers, Walton family, Bloomberg – dah cecah USD1 trillion.

USD1,000,000,000,000

Berapa punya banyak kosong tu. Ni baru 15 orang, Amerika ada berapa punya ramai billionaire?

Belum kira kepoweran Amerika dalam teknologi angkasa, teknologi ketenteraan, nuklear, medical, dan berapa ramai scientists genius dah Amerika lahirkan sepanjang sejarah sejak George Washington jadi Presiden Uncle Sam pertama 230 tahun dulu sampai ke Presiden Donald Trump hari ni?

Raaaamaaaii!

Sebab tu Amerika jadi pemimpin dunia, tapi hari ni kita tak sangka la Covid 19 pun dia nak pimpin nombor 1 juga.

Kalau kita buat sikit pembacaan dan rujukan, kita akan jumpa apa sebenarnya punca masalah yang sampai jadi menggila infection di Amerika ni.

Sebelum pergi jauh, aku mulakan dengan sikit kronologi Covid 19 di Amerika:

  • 20 January 2020 – Kes pertama Covid 19 di Washington
  • 31 January 2020 – Trump bans semua incoming foreigners yang pernah ada di China dalam masa 2 minggu sebelum.
  • 29 February 2020 – kematian pertama di bumi Amerika
  • 11 March 2020 – Trump bans flights dari 26 negara eropah.
  • 13 March 2020 – Amerika isytihar National Emergency
  • 19 March 2020 – Negeri negeri di Amerika pula mula isytihar State Emergency.

*Antara 19/3-26/3 baru lah negeri masing masing bagi arahan StayAtHome.

  • 23 March 2020 – New York jadi epicentre wabak. 21,000 orang positif.
  • 26 March 2020 – Covid 19 positif cases dah exceed China.
  • 28 March 2020 – Covid 19 positif cases exceed 100,000 orang.

Boom!


Kita dah tahu sikit kronologi, sekarang kita cuba tengok pula apa tindakan/perancangan/pencegahan yang Amerika buat, Dan kenapa semua tu masih gagal!

Aku try breakdown satu satu semua korang yang baca ni tak keliru.

Pertama, covid testing

Ok sekitar mid February, Amerika melalui Centre for Desease Control (CDC) akan bagi sekitar 1 juta Covid 19 testing kit ke seluruh public healthcare centre.

Tapi biasa lah, even lepas 1-2 minggu yang sampai ke tempat sepatutnya cuma sekitar 75,000 test kit. Dan setakat 11 March hari tu, Amerika cuma conduct 7,000 Covid 19 testing saja di seluruh negara!

Bayangkan Amerika ni ada 330 juta penduduk, 7,000 testing saja setakat 11 March? Korea cuma ada 51 juta penduduk, tapi setakat 8 March depa dah buat 190,000 Covid 19 testing.

Nampak tak bezanya?

Orait sebelum kita ke punca seterusnya, aku share sikit kenapa Covid 19 testing SANGAT CRUCIAL.

Kita tahu Covid boleh incubate up to 2 weeks dalam badan. Tak ada simptom. Kau sihat, pegi jalan sana sini, jumpa berapa ramai orang- sedar sedar lepas 2 minggu kau Covid 19. Orang ramai yang kau jumpa salam selama 2 minggu tu pula next week kena Covid juga. Ulang lagi cycle tu sampai ke sudah. Jenuhhh.

Bila dah macam tu, macam mana nak kawal? Jadi cara yang praktikal cuma satu – run covid testing kepada sesiapa saja yang disyaki. Atau dengan kata lain, kena run testing kepada seramai mana orang yang terdaya.

Sebab apa?

  1. Supaya kita boleh asingkan yang mana tunjuk simptom jadi dia tak merayau jangkit orang lain. Simpan depa ni, kuarantin, bagi treatment sepatutnya.
  2. Hanya melalui run test yang significant kita boleh belajar banyak pasal virus tu. Kena ada big data. Then baru saintis boleh tahu behavior virus dengan lebih terperinci, strenght dia, weaknesses dia. Baru pengkaji boleh buat profiling, dan offer solusi kepada masyarakat sejagat. Senang cakap, kalau nak berlawan kalahkan musuh kita kena lah tahu serba serbi strategi perang mereka dulu.

Virus ni jenis merebak cepat bunuh lambat? Atau merebak lambat bunuh cepat? Atau merebak cepat bunuh pun cepat? Atau merebak lambat bunuh pun lambat? Yang mana satu sifat dia, kita belum betul pasti.

Dan selain testing kit yang tak cukup, Amerika juga tak cukup kapasiti lab nak run beribu ribu testing sehari. Pusat testing pun tak banyak, itu belum kira sample test tersangkut 2-3 hari, Ahhhh macam macam masalah!

Hareee panjang aku tulis baru habis satu point.

Kedua, faulty testing kit

Oh Tuhanku! Masih berkisar isu testing kit.

Ingat tak perenggan atas atas tadi aku beritahu kerajaan US bagi 75,000 Covid test kit? Test kit tu kena return semula ke manufacturer for rectification! Sebabnya, something off dengan chemical used dalam kit tu. Result test semua out! Testing kit tu tak boleh nak serve the purpose.

Jadi tu antara punca kenapa testing rate di Amerika sangat rendah awal March hari tu. Jangan ingat impak faulty kit tu kecik ya.

Itu lah tragedi horrible pemula kenapa Amerika punya kes Covid 19 spike up starting minggu lepas dan kelihatan semakin tak terkawal.

Ketiga, lambat

Lebih kurang macam Italy, tapi Amerika punya lambat pada aku adalah terlalu lambat.

Sebagai sebuah negara polis dunia, hal yang semacam ni tak sepatutnya berlaku. Menangis American Founding Fathers kalau mereka tahu apa yang waris mereka buat sekarang.

Cuba rujuk semula timeline aku bagi di atas;

First case 20 January —> first kematian February —-> National Emergency 13 March —-> stayathome/lockdown berperingkat ke seluruh negara 19-26 March

Berapa hari yang hilang tu?

Sepatutnya lepas first kematian dah boleh call for National Emergency then terus order lockdown. So katakan by 1 March start lockdown/stayathome, Amerika boleh menyelamatkan potential spread selama 20+ hari.

20+ hari terlepas habis semua makan dek Covid 19.

Keempat, tidak bersedia

Sebagaimana negara negara lain, Amerika sebagai polis dunia pun sebenarnya tak bersedia membendung Covid 19.

First case di Amerika pada 20 Jan 2020. Kalau lah Amerika terus push button alert dan kerah semuanya (ambil rujukan apa yang China buat), keperitan yang mereka lalui pasti lah tidak seperti sekarang.

Kelima, ego

Trump berlagak, kerek dan ego. Full stop.

Yang terakhir, konsep negara bebas

Hak kebebasan individu merupakan Tuhan di Amerika. Tidak seperti China yang boleh shut down Hubei yang ada 60 juta penduduk dalam masa kurang 48 jam saja. Amerika bukan begitu. Rakyat depa tak pernah hidup dalam ‘arahan’ yang so called bertentangan dengan kebebasan individu.

Jadinya bila keluar arahan lockdown, what to expect?


Hari ini, Amerika sebagai antara kuasa dunia terkuat menduduki tangga pertama kes Covid 19 dengan 100, 000+ kes dan 1,588 kematian. Masih tidak ada tanda surut. No. No at all.

Lebih merisaukan, dokumen sulit Federal Bureu yang leaked minggu lepas memberi amaran dengan jelas kepada kerajaan Amerika (dan kita semua);

“This new pandemic corona virus will last in 18 months or longer, and it may come in multiple waves of infections”, Brace for impact.

Berdoalah agar keajaiban Tuhan turun menyelamat dan meRahmati kita semua penduduk di bumi. Kita tidak boleh lari ke mana mana,

Kerana di sini, satu satunya tempat tinggal yang kita miliki.

Penafian: Artikel di atas ditulis berdasarkan pendapat peribadi penulis Fdaus Ahmad dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Geng Travel.

Sumber: Facebook Fdaus Ahmad