fbpx

Jom Sumbang Untuk Haiwan DI Zoo Negara. Mereka Juga Memerlukan Di Saat PKP Ini

Ahmad Suhael

PKP yang pada awalnya akan berakhir pada 31 Mac telahpun dipanjang sehingga 14 April 2020. Akibat daripada perintah kawalan pergerakan (PKP), semua orang diarahkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar untuk membeli keperluan harian.

Berikutan itu, tiada pengunjung membuatkan tiada jualan tiket berlaku di Zoo Negara. Ini menjejaskan pendapatan dan memaksa Pengurusan Zoo Negara menggunakan dana kecemasan untuk menampung operasi.

Sebelum ini, Zoo Negara bergantung kepada jualan tiket, sewa ruang, penajaan korporat dan sumbangan awam sebagai sumber pendapatan untuk beroperasi. Namun, ketika waktu PKP tidak semua sumber pendapatan itu terjana. Bahkan tiada lagi organisasi yang tampil untuk menyumbang.

Menurut pengurusan Zoo Negara, dana yang ada hanya cukup untuk 3 bulan operasi.

Justeru itu, mereka mula berkempen seperti yang dilaksanakan oleh kebanyakan zoo di seluruh dunia untuk meningkatkan pendapatan yang akan digunakan untuk mengekalkan kesejahteraan haiwan.

Mereka yang ingin menderma boleh melawat https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.

Sumber: New Straits Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sepanyol Catat Peningkatan Mendadak Kes Positif COVID-19 Dalam Masa 24 Jam

Kebelakangan ini negara-negara eropah mula menunjukkan peningkatan kes penularan wabak COVID-19 yang mendapat. Jika sebelum ini Itali menjadi negara paling ramai kes terbaru dan kematian direkodkan dalam sehari. Namun rekod terbabit diambil alih oleh Sepanyol apabila dalam tempoh 24jam sahaja, seramai 9,222 individu disahkan positif wabak berkenaan manakala 849 individu […]
Jom Sumbang Untuk Haiwan DI Zoo Negara. Mereka Juga Memerlukan Di Saat PKP Ini 2