Patuhi Hanya 2 Perkara Ini, Anda Membantu Hentikan Penularan Wabak COVID-19

Seperti yang sedia maklum, kerajaan Malaysia telah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. Namun telah dipanjangkan lagi bermula 31 Mac sehingga 14 April.

PKP yang dilaksanakan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengelakkan penularan yang berterusan tanpa henti. Seterusnya memutuskan rantaian jangkitan wabak terbabit.

Berikut ada 2 perkara yang anda perlu patuhi sepanjang PKP ini.

1 – Pengangkutan

Pengangkutan awam masih berfungsi seperti tren, bas, teksi dan e-hailing. Namun waktu operasi adalah terhad dari 6 pagi hingga 10 malam.

Namun, untuk pengangkutan awam mempunyai 2 sesi iaitu sesi pertama bermula 6 pagi hingga 10 pagi manakala sesi kedua pula akan bermula dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Kendaraan persendirian pula hanya terhad untuk satu orang satu kereta.

Related Post

2 – Keluar Bila Perlu

Walaupun anda diarahkan untuk duduk di rumah, keperluan harian atau untuk membeli makanan tidak menjadi halangan untuk keluar namun ianya bila perlu sahaja.

Alternatif, anda disarankan menggunakan perkhidmatan servis penghantaran makana seperti Grab Food atau Food Panda.

Waktu yang dibenarkan ialah bermula 8 pagi sehingga 8 malam. Ini bermakna semua premis perlu termasuk restoran akan ditutup selepas 8 malam.

Lain-lain yang dikongsi oleh Perdana Menteri Malaysia di Twitter beliau antaranya:

  1. Dilarang melakukan aktiviti riadah dikawasan awam dan persendirian termasuk di kawasan berpagar.
  2. OKU dan Autism dibenarkan untuk menjalani rawatan tetapi dilarang dibuat secara berkumpulan
  3. Aktiviti ibadah dan berkumpul dilarang di rumah-rumah ibadat semua agama.
  4. Harga siling sekeping topeng muka ialah RM1.50, namun akan dikaji dari semasa ke semasa.

Sumber: Twitter YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

This website uses cookies.