fbpx

Tangguh haji Sehingga Wabak COVID-19 Reda

Ahmad Suhael

Umum ketahui akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini, Arab Saudi telah pun memutuskan untuk pengangguhan visa umrah kepada ramai jemaah umrah seluruh dunia.

Keputusan yang dibuat tidak lain tidak bukan adalah untuk mengekang penularan yang tidak terkawal terjadi sewaktu ibadat dilakukan. Memandangkan umum ketahui ibadat haji dan umrah akan mengumpulkan ratusan ribu umat Islam.

Terbaharu, kerajaan Arab Saudi Meminta umat Islam diseluruh dunia untuk menunda rancangan untuk menunaikan haji dan menunggu sehingga krisis pandemik COVID-19 ini selesai.

Aktiviti ibadah haji yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai tahun ini dijangka akan dihadiri seramai 2.5 juta umat islam dari seluruh dunia untuk menunaikan haji selama seminggu.

Untuk rekod, Arab Saudi telah melaporkan 1,563 kes COVID-19 dengan 10 orang telah meninggal dunia dan 165 pesakit berjaya disembuhkan.

Sumber: The Mercury News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Patuhi Hanya 2 Perkara Ini, Anda Membantu Hentikan Penularan Wabak COVID-19

Seperti yang sedia maklum, kerajaan Malaysia telah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. Namun telah dipanjangkan lagi bermula 31 Mac sehingga 14 April. PKP yang dilaksanakan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengelakkan penularan yang berterusan tanpa henti. Seterusnya memutuskan rantaian jangkitan wabak terbabit. Berikut […]
Tangguh haji Sehingga Wabak COVID-19 Reda 2