Umum ketahui akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini, Arab Saudi telah pun memutuskan untuk pengangguhan visa umrah kepada ramai jemaah umrah seluruh dunia.
Keputusan yang dibuat tidak lain tidak bukan adalah untuk mengekang penularan yang tidak terkawal terjadi sewaktu ibadat dilakukan. Memandangkan umum ketahui ibadat haji dan umrah akan mengumpulkan ratusan ribu umat Islam.
Terbaharu, kerajaan Arab Saudi Meminta umat Islam diseluruh dunia untuk menunda rancangan untuk menunaikan haji dan menunggu sehingga krisis pandemik COVID-19 ini selesai.
Aktiviti ibadah haji yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai tahun ini dijangka akan dihadiri seramai 2.5 juta umat islam dari seluruh dunia untuk menunaikan haji selama seminggu.
Untuk rekod, Arab Saudi telah melaporkan 1,563 kes COVID-19 dengan 10 orang telah meninggal dunia dan 165 pesakit berjaya disembuhkan.
Sumber: The Mercury News