fbpx

Warga Asing Mula ‘Cabut’ Selepas Indonesia Isytihar Darurat

Ahmad Suhael

Dilihat ramai warga asing mula membanjiri lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai untuk keluar daripada Indonesia selepas presiden Indonesia, Joko Widodo mengisytiharkan darurat di negara itu.

Menurut laporan Coconut, lebih daripada 200 orang asing yang terdiri daripada warga Jerman dan Perancis membanjiri lapangan terbang terbabit pada hari yang sama pengisitharan.

Sebelum ini, sesetengah negara seperti AS dan Australia telah mengarahkan rakyat mereka pulang ke negara masing-masing selepas penularan COVID-19 di Indonesia.

Sepanjang 1 hingga 26 Mac, hampir 254,000 pelancong asing telah meninggalkan Bali. Namun, pada tempoh masa yang sama seramai 169,00 pelancong asing dikalangan Australia, Russia dan AS tiba di pulau tersebut.

Pengisytiharan darurat terbabit walau bagaimanapun tidak menguatkuasakan perintah berkurung kepada rakyat walaupun di kawasan di mana kematian direkodkan akibat COVID-19 tinggi.

Sehingga 31 Mac 2020, Indonesia merekodkan 136 kes kematian selain 1,528 lagi disahkan positif dijangkiti wabak terbabit. Namun, angka individu yang disahkan positif lebih rendah berbanding Malaysia.

Sumber: Coconut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tak Sangka Ini Yang Bakal Dihadapi Oleh Rakyat FIlipina Jika Mereka Inkar Perintah Berkurung.

Penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing telah membuatkan kebanyakan negara telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan perintah berkurun bagi mengekang penyebaran wabak terbabit. Filipina antara negara Asia Tenggara yang telah melaksanakan perintah berkurung di Pulau Luzon selama sebulan. Namun, arahan itu tidak diambil serius oleh sesetengah rakyatnya di Kota Quezon […]
Warga Asing Mula 'Cabut' Selepas Indonesia Isytihar Darurat 2