Bazar Ramadhan Di Selangor Dibatalkan?

Berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) dipanjangkan sehingga 14 April, banyak khabar angin mengatakan ianya kemungkinan akan disambung lagi sehingga ramadhan yang dijangka bermula pada hujung bulan April nanti.

Berikutan daripada kes terbaru positif COVID-19 masih tidak menampakkan penyusutan drastik, kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di seluruh Selangor buat masa ini seperti yang dilaporkan Selangor Kini.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk membeli juadah di bazar Ramadan. Kiranya sudah menjadi aktiviti wajib tahunan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Walaupun bazar ramadhan sangat sinonim dengan bulan ramadhan, acara tersebut akan mengumpulkan orang ramai di satu tempat. Ini bakal memperhebatkan lagi penularan wabak COVID-19 jika ianya masih belum hapus sepenuhnya ketika itu.

Ia jika tidak bertepatan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan Malaysia di mana rakyat disuruh untuk duduk dirumah dan tidak berkumpul beramai-ramai di satu tempat.

Negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Terengganu juga bakal membuat keputusan yang sama seperti negeri Selangor jika wabak COVID-19 ini masih berterusan. Namun, jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan penganjuran bazar Ramadan kelak, maka ia akan dianjurkan nanti.

Tambahan lagi, bazar ramadhan atas talian kemungkinan bakal wujud dengan adanya teknologi servis penghantaran atas talian seperti Grab Food, Food Panda.

Sumber: Selangor Kini