Tak Sangka Ini Yang Bakal Dihadapi Oleh Rakyat FIlipina Jika Mereka Inkar Perintah Berkurung.

Penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing telah membuatkan kebanyakan negara telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan perintah berkurun bagi mengekang penyebaran wabak terbabit.

Filipina antara negara Asia Tenggara yang telah melaksanakan perintah berkurung di Pulau Luzon selama sebulan. Namun, arahan itu tidak diambil serius oleh sesetengah rakyatnya di Kota Quezon Manila dengan membuat protes di jalanan.

Mereka dikatakan tidak berpuas hari kerana belum menerima apa-apa bantuan walaupun sudah lebih dua minggu perintah berkurung itu dilaksanakan. Akibatnya, pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan dan menangkap seramai 20 orang kerana tidak menurut perintah yang dikeluarkan itu.

“Kami di sini mahu meminta bantuan kerana lapar. Kami masih belum diberi makanan, beras, bahan atau wang tunai. Kami tidak mempunyai pekerjaan. Kepada siapa kami perlu mengadu,” katanya sebelum ditangkap polis.

Related Post
Jocy Lopez, 47, Pemimpin demonstrasi

Kerajaan Filipina dikatakan bakal memberi bantuan di bawah program perlindungan sosial bernilai 200 bilion peso (RM 17 bilion) bagi membantu rakyat yang miskin dan kehilangan pekerjaan akibat perintah berkurung ini.

Susulan daripada protes ini, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mati sesiapa sahaja yang melanggar perintah berkurung, lapor Al Jazeera.

Sumber: Aljazeera

This website uses cookies.