Krisis Wabak COVID-19 Di Malaysia Dijangka Memuncak Pertengahan April

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), krisis wabak COVID-19 di Malaysia bakal memuncak di pertengah April berdasarkan data yang ada.

Dijangkakan jumlah pesakit akan meningkat terutamanya di Malaysia, Brunei dan Singapura. Walaubagaimanapun, ianya mungkin boleh berubah disebabkan berdasarkan graf semasa, menunjukan tanda-tanda lengkungan kadar kes mendatar.

Namun, data ini boleh berubah semua jika langkah pencegahan yang dilakukan sekarang ini longgar atau orang ramai tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan KKM dan kerajaan.

Untuk rekod, Malaysia merupakan negara paling tinggi positif COVID-19 dengan 2,908 kes di mana seramai 102 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 45 kematian dilaporkan.

Related Post

Malaysia sebelum ini telah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 dari terus meningkat. Pihat polis dan askar juga telah dikerahkan bagi meninjau pematuhan rakyat Malaysia terhadap arahan tersebut.

Justeru itu, diharapkan semua rakyat Malaysia mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh KKM dan kerajaan Malaysia sebagai usaha sama dalam membendung penularan wabak COVID-19 ini.

Sumber: Berita Harian

This website uses cookies.