Secara Rasmi Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia Cecah 1 Juta

Secara rasminya jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia cecah 1 juta orang. Angka ini seterusnya mengalah angka krisis wabak lain yang pernah melanda dunia seperti SARS.

Kes kematian yang direkodkan pula mencecah 50,000 orang di mana Itali dan Sepanyol merupakan negara tertinggi dengan masing-masing negara mencatat kematian melebihi 10,000

Amerika syarikat pula menjadi negara paling banyak kes positif direkodkan iaitu melebihi 245,000. Melihat daripada data yang dikeluarkan oleh worldometer, benua Eropah terus menunjukkan peningkatan kes setiap hari dan mendominasi carta teratas kes positif COVID-19.

Melalui data-data ini, siapa sangka wabak misteri yang mula dijumpai di Wuhan ini telah merebak ke hampir seluruh dunia. Malah telah memaksa pelbagai industri melakukan penutupan sementara seterusnya menjatuhkan ekonomi dunia.

Namun, di sebalik kesibukan dunia dalam menghadapi krisis wabak COVID-19 ini, ada perisikan Amerika menuduh China mengatakan data yang dikeluarkan oleh negara terbabit tidak tepat dan menuduh China perancang di sebalik pandemik yang menimpa hampir seluruh dunia ini.

Sumber: The Star