Arab Saudi Kuatkuasa Perintah Berkurung Di Makkah Dan Madinah

Sebelum ini Makkah dan Madinah telah pun melaksanakan sekatan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di kawasan terbabit. Malah, ibadah haji yang bakal dilaksanakan pada bulan Julai juga telah diarahkan tunda sehingga wabak ini reda.

Terbaharu, Arab Saudi telah mengenakan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah. Namun, tempoh masa berkurung terbabit tidak diberitahu menurut laporan Agensi Arab Saudi (SPA). Ini dilihat sebagai langkah terbaharu yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Seperti Malaysia juga, walaupun dalam perintah berkurung, hanya orang dewasa diberi pelepasan untuk keluar membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan. hanya 2 orang dibenarkan berada di dalam sebuah kenderaan. Manakala waktu keluar terhad dari pukul 6 pagi hingga 3 petang sahaja.

Namun, perintah terbabit terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting. Kebanyakan kedai diarahkan tutup kecuali farmasi, kedai bekalan makanan, stesen minyak dan perkhidmatan perbankan. Malah rakyat juga disarankan untuk menggunakan applikasi penghantaran makanan bagi membeli bakanan.

Related Post

Kementerian Arab Saudi berharap rakyatnya mematuhi arahan yang dikeluarkan demi kebaikan semua orang.

Untuk rekod Arab Saudi merekodkan 2,179 kes positif dan 29 kematian. Dan daripada itu, seramai 420 orang telah pun pulih dari wabak terbabit.

Sumber: BERNAMA

This website uses cookies.