Harimau Malaya Terkena Jangkitan COVID-19

Buat pertama kalinya kes jangkitan wabak COVID-19 berlaku kepada haiwan. Haiwan-haiwan yang ditempatkan di Zoo Bronx, New York terbabit disahkan positif wabak tersebut.

Antara haiwan yang terlibat ialah 2 ekor Harimau Malaya yang diberi nama Nadia dan Azur, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika. Haiwan ini telah mengalamai batuk kering dan semua dijangka pulih

Simptom sesak pernafasan juga berlaku terhadap haiwan seperti yang berlaku kepada manusia yang terjangkit wabak ini.

Menurut laporan CNN, jangkitan COVID-19 yang berlaku terhadap haiwan terbabit berkemungkinan datang dari penjaga mereka yang tidak atau belum lagi menunjukan simptom sebagai pembawa COVID-19.

Related Post

Pihak zoo turut menambah bahawa binatang tersebut mungkin telah dijangkiti oleh penjaga mereka yang turut sama tidak menunjukkan sebarang simptom sebagai pembawa COVID-19.

Namun begitu, pihak zoo telah pun mengambil-langkah pencegahan terhadap kakitangan dan haiwan untuk mengelakkan penularan yang lebih teruk kepada haiwan lain di dalam zoo terbabit.

Sumber: CNN

This website uses cookies.