Pasar Tukar Rumah Mayat COVID-19

Rungis International Market yang terletak di selatan Paris dan berkeluasan 575 ekar telah membuka ruang barangan sejuk untuk penyimpanan mangsa wabak COVID-19 untuk sementara.

Namun begitu, aktiviti harian di pasar terbabit tetap menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Ia melibatkan lebih 15,000 pekerja yang masih bekerja di pasar terbabit.

Ruang yang disediakan itu boleh menempatkan 1,000 peti mayat dan keranda memandangkan pengusaha rumah mayat tidak dapat menampung jumlah kematian yang besar akibat wabak terbabit.

Menurut sumber polis yang dilaporkan oleh Daily Mail, teman-teman dan ahli keluarga si mati boleh melawat bagi upcara penghormatan namun syarat-syarat yang ketat akan dikenakan.

Mayat yang disimpan hanya sementara dan akan dipindahkan ke tanah perkuburan di sekitar Perancis dan di luar negeri.

Related Post

Krisis wabak COVID-19 yang berlaku di Paris merupakan paling terburuk berlaku berbanding bandar lain dan ianya dijangka mengambil masa lama untuk pulih.

Untuk rekod, Perancis telah merekodkan jumlah kematian akibat COVID-19 melebih 8,000 orang semalam dengan jumlah kes individu yang positif wabak terbabit telah melepasi angka 70,000 orang.

Sumber:

1. Daily Mail
2. Harian Metro

This website uses cookies.