Rakyat Singapura Serbu IKEA Sebelum Tutup Sebulan Akibat COVID-19

Selepas pengumuman penutupan sektor yang tidak penting oleh kerajaan Singapura pada 4 April lalu, ratusan penduduk Singapura dilihat membanjiri IKEA cawangan Singapura.

Seperti tidak mengambil kisah dengan krisis wabak yang berlaku seluruh dunia ketika ini, mereka yang menyerbu IKEA terbabit sanggup beratur tanpa menghiraukan jarak 1 meter seperti yang disarankan WHO.

Malah, ada sesetengah keluarga membawa anak kecil mereka untuk sama-sama ke IKEA. Ada sesetengah daripada mereka juga tidak mengenakan penutup mulut.

Gambar yang tular di laman sosial media Twitter itu mendapat kecaman sesetengah pihak dan netizen daripada Singapura sendiri. Ada yang yang menyindir dan mengatakan rakyat Singapura lebih mementing Meatballs, Sofa.

Ada juga yang menyamakan rakyat Singapura dan Malaysia yang tidak memahami arahan dan perintah yang dikeluarkan. Di Malaysia, ketika PKP diumumkan, rakyat Malaysia berpusu-pusu untuk pulang ke kampung, tetapi di Singapura, mencari meatball untuk kali terakhir sebelum ianya ditutup.

Untuk rekod, Singapura telah cecah angka 1,309 kes positif wabak COVID-19 dan 6 daripadanya meninggal dunia.