Saintis AS Maklum Wabak Boleh Merebak Melalui Percakapan Dan Pernafasan

Jika sebelum ini saranan kepada pemakaian topeng muka hanya di arahkan kepada individu yang mempunyai gejala wabak COVID-19 sahaja. Terbaharu, WHO juga telah memberi galakan dan menyokong kerajaan yang mengarahkan pemakaian topeng muka kepada setiap individu.

Saranan ini datang selepas kajian daripada saintis AS, Anthony Fauci, ketua penyakit berjangkit di National Institutes of Health, menyatakan wabak COVID-19 juga boleh tersebar melalui udara sebagai contoh ketika bercakap selain daripada batuk dan bersin seperti yang diberitahu sebelum ini.

Beberapa negara di Eropah telah pun mengeluarkan arahan setiap individu untuk mengenakan topeng terutamanya apabila di kawasan terbuka.

Saranan ini pastinya akan membuatkan permintaan topeng muka semakin meningkat daripada orang awam dan memberi kesan kepada bekalan kurang kepada pegawai perubatan yang lebih memerlukan.

Namun begitu, menurut pengarah eksekutif program kecemasan kesihatan WHO, Dr Michael Ryan mengatakan orang awam boleh menggunakan topeng buatan sendiri dan topeng muka jenis kain.

Dan yang paling utama ialah sentiasa menjaga jarak 1 meter, kerap cuci tangan dengan sabun, dan mengikut arahan perintah berkurung yang telah dilaksanakan.

Sumber: Asia One, Asia One