fbpx

Jepun Isytihar Darurat Di 7 Wilayah Selama 1 Bulan

Ahmad Suhael

Walaupun sebelum ini beberapa daerah Jepun seperti Hokaido beransur pulih, hakikatnya secara keseluruhan penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Jepun bahkan semua negara yang terlibat.

Situasi ini membuatkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengisytiharkan darurat bermula 7 April di beberapa lokasi termasuk Tokyo dan Osaka.

Pemantauan yang dibuat oleh pasukan khas telah bersetuju meluluskan pelan darurat yang diumumkan oleh kerajaan Jepun selepas melihat kepada peningkatan wabak terbabit.

Perintah darurat itu akan membabitkan tujuh wilayah iaitu Tokyo, Chia, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka.

Perintah darurat selama sebulan ini sama seperti negara-negara yang lain termasuk Malaysia yang mengarahkan rakyat untuk kekal di rumah dan menggesa operasi perniagaan ditutup dalam tempoh berkenaan.

Namun begitu, perkhidmatan awam masih beroperasi seperti biasa untuk menyokong sektor yang penting.

Untuk rekod, Jepun mencatatkan sebanyak 4,000 kes positif COVID-19 dengan 80 kematian.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hotel 5 Bintang Antara Dalam Senarai 472 Premis Dijadikan Pusat Kuarantin COVID-19

Pada 21 Mac yang lepas, kerajaan telah mengisytiharkan sebanyak 409 premis milik institusi dan jabatan kerajaan sebagai stesen kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun berikutan penambahan individu yang disyaki positif COVID-19 dan perlu dikuarantinkan, kerajaan telah menambah lagi 63 premis termasuk hotel 5 bintang […]
Jepun Isytihar Darurat Di 7 Wilayah Selama 1 Bulan 2