Pencuri ‘Bijak’ Curi Khemah Saringan COVID-19

Umum ketahui seluruh dunia sekarang sedang menghadapi musuh yang tidak nampak dengan mata kasar iaitu wabak COVID-19. Banyak negara pula telah mengarahkan perintah berkurung kepada rakyat untuk menjauhkan diri daripada berjangkit wabak ini.

Namun, lain pula ceritanya yang berlaku di Auckland, New Zealand di mana seorang yang tidak bertanggungjawab telah mencuri khemah saringan COVID-19 di luar hospital.

Memandangkan wabak COVID-19 boleh berjangkit melalui sentuhan dan hidup pada benda selama 8 jam, pencuri ini seperti menempak maut.

“Pancang khemah itu dipotong menggunakan gergaji tetapi pencuri itu tetap bodoh kerana mencuri khemah yang digunakan untuk menyaring pesakit,”

Hansen, Ketua Penyelamat Kesihatan Timur New Zealand

khemah pesakit covid-19 hilang dicuri, pencuri diminta buat saringan takut dijangkiti juga

Pihak polis merayu agar pencuri untuk memulangkan khemah tersebut dan secara sukarela menjalani ujian saringan kerana berkemungkinan tinggi dijangkiti wabak COVID-19 kerana memegang khemah terbabit.

Sumber: Astro Awani