Azan Berkumandang Di Bumi Eropah Waktu Krisis COVID-19 Beri Semangat Rohani
Walaupun sesetengah negara-negara eropah ada yang tidak membenarkan laungan azan secara terbuka, namun dikala krisis wabak COVID-19 melanda dilihat beberapa buah negara mengizinkan laungan azan sebagai pembangkit semangat melawan COVID-19.
Jerman dan Belanda antara negara yang tidak membenarkan laungan azan melalui pembesar suara kecuali upacara khas. Namun, video yang dikongsi menerusi laman ISLAM21C ini menunjukkan azan berkumandang melalui pembesar suara pada hari Jumaat.
Dikatakan lebih kurang 100 masjid di Jerman dan Belanda melaungkan laungan azan sebagai tanda solidariti dan pemangkin semangat rohani umat Islam melawan wabak COVID-19.
Lebih kurang 100 masjid di Jerman dan Belanda melaungkan laungan azan bagi meningkatkan semangat umat Islam di tengah-tengah serangan wabak COVID-19. Sebelum ini, azan menggunakan pembesar suara adalah dilarang di Jerman dan Belanda.
Dalam pada itu, kedua-dua negara iaitu Jerman dan Belanda telah pun melaksanakan perintah berkurung kepada rakyatnya bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang lebih meluas.
Untuk rekod, Jerman merekodkan 100,000 pesakit COVID-19 dengan 2,000 lebih kematian manakala Belanda mempunyai lebih 19,000 kes dengan lebih 2,000 kematian telah dicatatkan.
Sumber: ISLAM21C