Bagaikan sedang berperang, seluruh dunia seakan mati daripada kesibukan aktiviti harian. Majoriti negara yang terlibat dengan wabak COVID-19 telah pun mengenakan perintah berkurung membendung penularan wabak terbabit.
Perintah berkurung yang dikenakan ini dilihat memberi impak yang besar kepada masyarakat dan ekonomi dunia. Banyak premis dan syarikat terpaksa ditutup sementara membuatkan ada sesetengah daripada pekerja tidak menerima gaji sepanjang penutupan ini.
Antara industri paling terkena ialah penerbangan. Akibatnya banyak syarikat mengambil langkah keselamatan demi kelangsungan bisnes mereka.
Antara ialah British Airways (BA), di mana ianya telah mengantung banyak penerbangan dan juruterbang terpaksa di potong gaji sebanyak 50% selama tiga bulan dan diberitahu untuk mengambil dua minggu cuti tanpa gaji pada bulan April dan Mei.
Namun, kehilangan pekerjaan tetap sementara tidak mematakan semangant seorang juruterbang BA bernama Peter Login yang terkena kesan dan tempias akibat wabak COVID-19 ini.
Beliau berkongsi di Twitter pekerjaan baru beliau sebagai ‘runner’ dan pemandu van penghantaran makanan syarikat Tesco dengan ciapan “@BritishAirways 747 telah digantung buat sementara waktu. Kembali ke kokpit bersama dengan @Tesco.”
Tindakan beliau telah menerima pujian dari netizen British kerana tidak patah semangat dan sanggup menukar pekerjaan daripada Juruterbang kepada pemandu van untuk menyara hidup.
Malah ada yang memujinya ini lah karakter beliau yang sebenar.
Menurut laporan Daily Mail, Peter Login sebelum ini pernah bekerja untuk Thomas Cook selama tiga tahun sebelum syarikat penerbangan tersebut dilanda masalah pada September lalu.
Peter kemudian telah berpindah ke British Airways dan telah berkhidmat di sana selama empat bulan sebelum COVID-19 sebelum BA menggantung penerbangan akibat COVID-19.
Sumber: Daily Mail