Fakta Dan Auta Tentang COVID-19 Dari WHO

Sejak krisis wabak COVID-19 menjalar ke seluruh dunia, banyak berita, cerita dan info yang tidak betul tersebar di media sosial. Perkara ini juga merupakan wabak yang kami rasa yang paling sukar untuk diubati malah nak dicegah.

Walaupun kerap kali diingatkan untuk tidak berkongsi tentang berita palsu, ramai orang tidak ambil peduli dengan alasan sebagai mengambil iktibar, mencuba tak salah dan bermacam lagi.

Berikutan itu, WHO menerusi laman sesawangnya berkongsi fakta dan auta tentang COVID-19.

1 – Terdedah Kepada Matahari Melebihi 25 Darjah Celcius Tidak Mencegah Wabak COVID-19

Ini disokong oleh bukti di mana negara-negara bersuhu panas juga merekodkan kes positif COVID-19.

2 – Individu Yang Dijangkiti COVID-19 Tidak Semestinya Akan Menamatkan Riwayat Hidupnya

Walaupun telah dijangkiti, pesakit COVID-19 boleh sembuh dan bebas daripada wabak terbabit. Jika mempunyai simptom wabak ini seperti demam, batuk dan sukar bernafas, dapatkan bantuan perubatan dengan cepat.

3 – Boleh Tahan Nafas Lebih 10 Saat Tanpa Batuk Tidak Bermakna Anda Bebas COVID-19

Simptom wabak COVID-19 paling kerap ialah batuk kering, kepenatan, demam. Untuk pastikan anda positif atau tidak perlulah melalui saringan yang disahkan.

4 – Minum Minuman Beralkohol Tidak Menghalang Anda Dari Dijangkiti COVID-19 Malah Boleh Membahayakan

Banyak minum minuman beralkohol tidak menjamin keselamatan anda dari segi terkena jangkitan COVID-19 dan kesihatan diri.

5 – COVID-19 Boleh Tersebar Di Semua Jenis Cuaca

Bukti menunjukkan wabak ini boleh tersebar di semua kawasan tidak kira cuaca sejuk, kering atau panas. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, sentiasa cuci tangan dengan sabun dan elakkan menyentuhkan bahagian muka.

6 – Cuaca Sejuk Dan Salji Tidak Membunuh COVID-19

Biarpun cuaca di luar sejuk atau pun panas, suhu badan manusia yang normal tetap sekitar 36.5 hingga 37 darjah selsius. Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan elakkan menyentuhkan bahagian muka.

7 – Mandi Air Panas Tidak Mencegak Dijangkiti COVID-19

Suhu badan manusia yang normal tetap sekitar 36.5 hingga 37 darjah selsius. Mandi air terlalu panas pula boleh mencederakan tubuh anda. Kekal amalkan cuci tangan dengan kerap dan elakkan menyentuhkan bahagian muka.

8 – COVID-19 Tidak Tersebar Melalui Nyamuk

COVID-19 ialah wabak yang menyerang saluran pernafasan yang tersebar melalui titisan daripada pembawa COVID-19 yang batuk atau bersin.

Related Post

9 – Pengiring Tangan Membunuh COVID-19?

Tidak. Jadi kekal amalkan cuci tangan dengan kerap dan elakkan menyentuhkan bahagian muka.

11 – Cahaya Ultraungu Membunuh COVID-19?

Tidak malahan akan mengalami radiasi dan merosakan kulit akibat daripada radiasi ultraungu.

12 – Pengimbas Haba Boleh Mengesan COVID-19?

Pengimbas Haba hanya boleh mengesan haba dalam tubuh badan manusia untuk mengesan individu yang demam. Demam merupakan salah satu simptom dijangkiti COVID-19.

13 – Sapu Klorin Pada Badan Boleh Membunuh COVID-19?

Tidak. Malahan akan membahayakan pakaian, mata dan mulut. Namun, ianya boleh membantu membasmi kuman dengan cara penggunaan yang dicadangkan oleh pengilang.

14 – Vaksin Pneumonia Boleh Melawan COVID-19?

Tidak. vaksin seperti Pneumococcal and Haemophilus Infuenza B tidak boleh mencegah COVID-19

15 – Bilas Hidung Dengan Saline Mencegah COVID-19?

Tidak. Tiada bukti bilas hidung dengan salin mencegah COVID-19

16 – Makan Bawang Boleh Mencegah COVID-19?

Bawang merupakan makanan yang sihat. Namun tiada lagi bukti dengan memakan bawang membantu mencegah COVID-19.

17 – Warga Tua Atau Warga Muda Boleh Terkena COVID-19?

Semua orang boleh terkena jangkitan wabak ini. Namun individu berusia dan berpenyakit seperti asma, diabetes dan penyakit jantung lebih berisiko dan boleh mengakibatkan kematian.

18 – Antibiotik Berkesan Menghalang Dan Mengubati COVID-19?

Tidak. Antibiotik tidak berkesan menentang wabak hanya bakeria.

Sumber: WHO

This website uses cookies.