fbpx

Lapangan Terbang Wuhan Sesak, Malam Dihiasi Warna Warni Sebagai Tanda Tamatnya Perintah Berkurung

Ahmad Suhael

Menjadi wilayah pertama yang menjadi penularan wabak COVID-19 berlaku, Wuhan juga antara wilayah yang pertama di mana perintah berkurung ditamatkan oleh kerajaan China.

Walaupun krisis wabak COVID-19 belum lagi reda diseluruh dunia malah kebanyakan negara-negara eropah kes positif semakin meningkat dan perintah berkurung dilaksanakan, di Wuhan lain ceritanya. Stesen keretapi dan lapangan terbang dikatakan kembali sesak dengan warga China.

Sebelum ini ada media melaporkan rakyat China sudah tidak sabar untuk melancong sebaik sahaja perintah berkurung ditamatkan. Melihat kepada laporan South China Morning Post, mungkin ada kebenarannya.

Menerusi video yang dikongsikan, jalanraya di Wuhan mulai sejak perintah berkurung ditamatkan selepas 76 hari dilaksanakan. Pada malam hari, bangunan dihiasi cahaya warna warni yang cantik sebagai tanda kebebasan. Dilihat juga segala langkah keselamatan dilaksanakan seperti biasa.

Malah pasar basah di sesetengah kawasan sudah pun beroperasi. Dan haiwan-haiwan eksotik yang dikatakan menjadi punca kepada wabak COVID-19 turut dijual kembali.

Situasi ini pastinya membimbangkan orang ramai kerana walaupun kes terbaru yang direkodkan di China menurun, vaksin kepada wabak ini masih belum ditemui. Jadi sukar untuk memastikan wabak ini terputus rantaian sepenuhnya.

Sementara itu di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2 bakal berakhir, namun masih menjadi teka-teki apakah akan disambung lagi dua minggu atau ditamatkan terus.

Namun apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan Malaysia, sebagai rakyat kekalkan amalan yang disuruh bagi mencegah dijangkiti COVID-19 dengan menjaga jarak selamat satu meter, sentiasa menggunakan penutup mulut dan kerap mencuci tangan dengan sabun.

Sumber: South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Vaksin Anti-Flu, Avigan Berkesan Menyembuhkan Pesakit COVID-19? Ini Yang Sebetulnya

Wabak pandemik COVID-19 yang dikatakan bermula dari China sudah mula menunjukkan pengurangan di China. Namun apakah sudah ada vaksinnya? Mengikut laporan Japan Times, penyelidik di Universiti Wuhan dan institusi lain di China mengatakan ubat anti-flu, Avigan berkesan pada pesakit koronavirus, terutama bagi mereka yang mempunyai gejala ringan COVID-19. Dari itu, […]
Lapangan Terbang Wuhan Sesak, Malam Dihiasi Warna Warni Sebagai Tanda Tamatnya Perintah Berkurung 2