Vaksin Anti-Flu, Avigan Berkesan Menyembuhkan Pesakit COVID-19? Ini Yang Sebetulnya

Wabak pandemik COVID-19 yang dikatakan bermula dari China sudah mula menunjukkan pengurangan di China. Namun apakah sudah ada vaksinnya?

Mengikut laporan Japan Times, penyelidik di Universiti Wuhan dan institusi lain di China mengatakan ubat anti-flu, Avigan berkesan pada pesakit koronavirus, terutama bagi mereka yang mempunyai gejala ringan COVID-19.

Dari itu, Jepun dalam perancangannya akan menyediakan Avigan secara percuma kepada 20 negara untuk menjalankan uijian klinikal yang lebih lanjut dalam mencipta vaksin sebenar kepada wabak COVID-19 ini.

Antara negara yang terlibat ialah Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Iran, Myanmar, Arab Saudi dan Turki, dengan tambahan 30 negara yang menunjukkan minat.

Selain itu, Jepun memberikan dana 1 juta US dolar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membeli dan mengedarkan Avigan yang juga dikenali sebagai Favipiravir itu.

Pengeluarannya juga dipertingkatkan tiga kali ganda dalam membantu 2 juta mangsa jangkitan COVID-19.

Sumber: Japan Times