fbpx

4 Barang Ini Bakal Mudahkan Anda Ketika Melancong

Ahmad Suhael

Bila nak travel pasti perkara paling seronok ialah mengemas pakaian dan barangan keperluan ke dalam beg. Namun, ada sesetengah orang tidak suka disebabkan ianya seperti merumitkan.

Walaupun begitu, persiapan sangatlah penting untuk memastikan keperluan anda di luar negara cukup sepanjang percutian anda lebih-lebih lagi jika anda bercuti secara perseorangan.

Perkongsian yang dibuat di Facebook oleh Ben Amir Izzat ini sangat menarik perhatian dan mendapat sebanyak 22 ribu perkongsian di Facebook.

Apa yang dikongsikan beliau ialah 4 barang yang mesti ada untuk anda yang selalu melancong. Jom baca perkongsian beliau di bawah ini.

Abam nak kongsikan kepada semua traveller luaq sana..

4 benda MUST BUY untuk memudahkan ampa ketika travel..

1) Toilet cover Pad

4 Barang Ini Bakal Mudahkan Anda Ketika Melancong 1
Foto via Facebook Ben Amir Izzat

Abam ni jenis mengutamakan kebersihan, suka jenis toilet yang duduk berbanding yang cangkung tu.

Tapi bila time travel, masuk ja toilet depa, nampak bekas kasut kat cover toilet tu, harei sungguh. Geli oi. Basuh jirus dengan ayaq pastu lap dengan tisu pun masih risau dengan tahap kebersihan cover toilet tu.

Kadang-kadang, dok pikiaq jugak sapa la yang duduk atas jamban ni. Buat pungkok dia ada kurap, kudis, kayap, panau mampoih cheq. Boleh berjangkit tu.

Solusinya, abam beli toilet cover pad ni, 1 bungkus ada 10pcs, harga RM1 ja beli shoppe. so beli la banyak-banyak buat bekalan. haha

2) Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1

4 Barang Ini Bakal Mudahkan Anda Ketika Melancong 2
Foto via Facebook Ben Amir Izzat

Ni baguih untuk orang yang tak suka bawak banyak-banyak liquid bottle masuk dalam bag. Ada 4 botol refil dia bagi. Ampa boleh isi dalam tu dan masukkan dalam portable pressing bottle dia, pulas ja mana yang nak guna dan tekan, teruih keluaq liquid tu. Senang bukan.

Bukan tu je, bottle portable ni lepas kalau hand carry, so tak perlu check in lungage sebab botol refil dia bawah 100ml.

Suggestion liquid :

  • lotion
  • perfumes
  • toner
  • makeup remover
  • day cream or night cream
  • sunblock
  • dan macam2 la selagi ianya liquid boleh jaa

Kat shoppe harga dalam RM10 ke RM15 macam tu.

3) Travel Storage Resealable Vacuum Bag

4 Barang Ini Bakal Mudahkan Anda Ketika Melancong 3
Foto via Facebook Ben Amir Izzat

Okay yang ni memang best. Boleh jimat ruang lunggage ampa, boleh boh banyak-banyak baju tak dak masalah.

Baju yang tebal-tebal macam jacket winter tu, towel, dan baju-baju yang lain boleh jadi senipis bawang tau.

Kat shoppe ja beli. Harga pun tak mahal, vacuum dia saja baru RM2 ke RM4, storage bag dia ikut size, harga dari RM2 hingga RM5.

4) Hanger Portable

4 Barang Ini Bakal Mudahkan Anda Ketika Melancong 4
Foto via Facebook Ben Amir Izzat

Yang ni abam penah post sblom ni, takpa abam up lagi skali. Benda ni tak kurangnya pentingnya sebab bila kat hotel kita menginap tu, hanger yang sedia ada tak banyak pun. Lebih kurang 3 ke 4 pcs ja.

Nak hanger baju, jaket, boxer apa semua tak cukup. Tambah-tambah ada bini pulak, memang depa konker habis. Berhuhu la kita ni.

Jadi solusinya abam beli hanger portable ni, boleh lipat jadi kecik boleh masuk dalam bag ja, jimat space, takkan nak bawak hanger yang kat rumah pulak, besaq tu makan ruang bag kita. haha

Beli kat shoppe RM1 ja, beli la banyak-banyak, boleh jugak pakai kat rumah, time baju tak sidai tu boleh lipat simpan. Tak la menyemak tengok.

Okay itu sahaja 4 benda yang abam nak kongsikan. Banyak lagi benda yang boleh katakan smart travel, tapi rasanya banyak dah orang tau. Semoga bermanfaat dan semoga seller shoppe tak naikkan harga.

Sumber: Facebook Ben Amir Izzat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AS Memintas Itali Catat Kematian Tertinggi, Kes Positif Setengah Juta Orang

Jika sebelum ini, Itali menjadi negara yang paling tinggi mencatatkan kematian akibat wabah COVID. Data terbaru menunjukkan AS telah memintas angka terbabit menjadi negara tertinggi mencatatkan kematian. Angka kematian di AS memuncak semalam melepasi angka 19,600 orang dan angka kes positif melebih setengah juta orang. Itali turun menjadi negara kedua […]
4 Barang Ini Bakal Mudahkan Anda Ketika Melancong 6