Cara Tukar Tarikh Penerbangan AirAsia Sebab COVID-19 Dengan Apps Je, Tiada Caj!

Umum ketahui, kebanyakan negara sudah menutup sempadan mereka bagi orang luar memasuki negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Disebabkan itu, banyak penerbangan terpaksa menggantung operasi mereka buat masa ini.

Kesannya, kerugian ini bukan hanya terpaksa ditanggung oleh syarikat penerbangan malah pelanggan yang telah membuat tempahan sama ada tiket penerbangan, tempat tinggal dan bermacam lagi.

Di Facebook, satu perkongsian di buat bagaimana seorang lelaki ini menukar tarikh penerbangan beliau ke tarikh baru tanpa caj tambahan disebabkan krisis COVID-19 ini.

Ikuti langkah-langkah seperti gambar di bawah. Sebelum itu pastikan dah ada info ni :

1) PNR (no booking 6 aksara)
2) Nama keluarga/Nama ayah (ikut yang kita taip masa beli dulu)
3) Nama penumpang
4) Tarikh lahir penumpang
5) Emel yang dipakai masa beli tiket flight
6) Tarikh & masa yang korang nak tukar tu (jangan masa buat tu baru nk bincang or nak cari detail)

Tiada caj penambahan atau perbezaan harga tambang ye.

1 – Buka Apps AirAsia -> Menu -> Chat with AVA
2 – Pilih COVID-19

3 – Pilih National Restricted To Travel
4 – Pilih Move Flight

Related Post

5 – Pilih ‘Yes’
6 – Masukkan No Booking Flight

7 – Masuk Nama (Seperti Dalam Tempahan)
8 – Masuk Nama Penumpang

9 – Masukkan Tarik Lahir (Ikut Format)
10 – Masukkan Emel Yang Digunakan Semasa Membeli Tiket

11 – Pilih Jika Ada Tempahan

12 – Pilih Tarikh Baru
13 – Pilih Masa Baru

14 – Pilih ‘Y’ Untuk Teruskan
15 – Itinerari Baru Akan Diemel Kepada Emel Anda

Cara Untuk Refund Tiket Disebabkan COVID-19

Sumber: Facebook Hafidz Dz

This website uses cookies.