Kereta Rosak Waktu PKP? Ini Cara Minta Bantuan

Umum ketahui kerajaan Malaysia sudah pun melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April 2020. Malah perintah ini diperketatkan lagi dengan tinjauan dan sekatan jalanraya bagi memastikan rakyat mematuhinya.

Banyak premis ditutup namun beberapa perkhidmatan penting yang terkecuali daripada perintah ini boleh beroperasi seperti biasa.

Selain itu, kerajaan juga mengeluarkan garisan panduan untuk rakyat yang perlu bekerja ketika waktu PKP ini. Sebagai contoh, pengangkutan awam mempunyai waktu operasi yang terhad, kenderaan persendirian pula hanya boleh memandu seorang sahaja.

Kami percaya ramai orang akan memilih untuk menggunakan kereta sendiri disepanjang PKP ini memandangkan jalan raya lengang dek kerana ramai orang duduk di rumah.

Namun, ada risikonya iaitu jika berlaku kerosakan, di mana anda boleh dapatkan bantuan ketika kebanyakan premis termasuk bengkel ditutup? Pastinya persoalan ini bermain difikiran anda.

Sebenarnya, sewaktu PKP ini anda masih boleh mendapatkan bantuan secara online melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit anda.

Antara perkhidmatan yang boleh anda dapatkan ialah

  1. ‘Bateriku’ – menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta.
  2. ‘Carput’ – menawarkan perkhidmatan ‘towing’, penukaran tayar kereta, penghantaran petrol dan juga bateri kereta.
Kereta Rosak Waktu PKP? Ini Cara Minta Bantuan 2
Foto via Abah

Menurut ejen bateriku.com yang dikenali sebagai Fahmi memberitahu mereka sentiasa bersedia dan bertugas dari rumah disekitar kawasan Keramat, Wangsa Maju dan Melawati. Malah, beliau mempunyai surat kebenaran untuk bergerak sewaktu PKP ini.

Selain itu, menurut laporan Bernama, tinjauan yang dilakukan juga menunjukkan kebanyakan bengkel meletakkan nombor telefon mereka bagi membantu jika orang ramai memerlukan servis kecemasan.

Kereta Rosak Waktu PKP? Ini Cara Minta Bantuan 3
Foto via Carput

Sumber: Astro Awani