AirAsia Harap Pelanggan Terima Tawaran Kredit

Krisis wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang sangat memberi kesan kepada ekonomi kebanyakan negara. Ini kerana, kebanyakan syarikah terpaksa menutup operasi mereka buat sementara waktu.

Mungkin ada sesetengah syarikat boleh beroperasi semula selepas perintah perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan. Mungkin juga ada sesetengah syarikat yang boleh beroperasi namun di tidak sepenuhnya, ataupun tidak mendapat sambutan.

Sebagai contoh ialah syarikat penerbangan. Akibat daripada wabak yang menular ini pastinya ramai orang mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melancong ke luar negara walaupun setelah PKP ditamatkan.

Menerusi emel yang dikongsikan dari AirAsia kepada semua pelanggannya menyarankan kepada semua pelanggannya yang terjejas akibat wabak COVID-19 agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif.

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak Covid-19.

Mesej yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes juga berkata, sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif.

Tawaran kredit yang ditawarkan itu mempunyai masa sah sehingga 365 hari dan membolehkan pelanggan mengubah tarikh penerbangan untuk beberapa kali tanpa had.

Walaupun begitu, permohonan untuk pembayaran balik masih diterima namun mengikut kes dan perlu melalui proses yang panjang antara 12 hingga 16 minggu disebabkan banyak juga permintaan.

Jelas beliau, apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah cabaran terbesar yang dihadapi AirAsia dalam tempoh hampir 20 tahun penubuhannya.

Bagi memastikan syarikat beliau terus kukuh dalam kewangan tanpa membuang pekerja, beliau dan Kamarudin tidak mengambil gaji dan gaji barisan kakitangan pengurusan kanan juga akan dipotong mengikut senioriti.

Oleh itu, beliau mahu bersikap terbuka dan telus dalam situasi yang tidak menentu ini.

Sumber: AirAsia