fbpx

AS Memintas Itali Catat Kematian Tertinggi, Kes Positif Setengah Juta Orang

Ahmad Suhael

Jika sebelum ini, Itali menjadi negara yang paling tinggi mencatatkan kematian akibat wabah COVID. Data terbaru menunjukkan AS telah memintas angka terbabit menjadi negara tertinggi mencatatkan kematian.

Angka kematian di AS memuncak semalam melepasi angka 19,600 orang dan angka kes positif melebih setengah juta orang.

Itali turun menjadi negara kedua dengan sebanyak 19,468 kematian. Sepanyol pula sebanyak 16,353 kematian dicatatkan dan berada di tempat ketiga.

Merujuk kepada angka kematian sehari di AS iaitu dengan kira-kira 2,000 kematian sehari selama empat hari , tidak hairan negara itu boleh memintas Itali.

Pakar kesihatan awam menjangkakan angka kematian boleh meningkat kepada 200,000 orang sekiranya perintah berkurung dan penutupan premis ditamatkan selepas 30 hari.

Perintah berkurung dan penutupan premis ini mengakibatkan kerugian yang besar kepada AS. Pakar ekonomi menjangkakan lebih 20 juta orang akan kehilangan pekerjaan pada akhir bulan ini di AS. Perkara ini menjadikan tanda tanya berapa lama perintah ini boleh dikekalkan.

Sumber: The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pulang Dari Luar Negara, Jepun Kuarantin Rakyatnya Di Lapangan Terbang

Berbanding dengan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara yang dikuarantinkan Hotel dan premis kerajaan, rakyat Jepun yang pulang ke negara mereka pula hanya dikuarantinkan di lapangan terbang. Foto yang dikongsi oleh warga Jepun di laman sosial Twitter dengan ciapan, “Saya perlu tidur di sini malam ini. Saya tidak boleh […]
AS Memintas Itali Catat Kematian Tertinggi, Kes Positif Setengah Juta Orang 2